Foto - The Sun Daily

Najib dengan selamba mengajak Lim Kit Siang tunggu diluar Masjid semasa sumpah laknat pada hari jumaat bersamaan 20 Disember 2019.

Ini berikutan beriya-iya Kit Siang mempertikaikan sumpah laknat yang akan dilakukan oleh Najib untuk membersihkan namanya dari fitnah menuduh beliau membunuh Altantuya.

Pelik juga Kit Siang ni, orang lain yang bersumpah, dia pula jadi sawan, kenapa pula dia meroyan sampai begitu.

Lucu pula bila Najib pula ibarat memerli Kit Siang supaya boleh tunggu luar Masjid nanti, semasa sumpah laknat nanti.

Kit Siang boleh tunggu luar masjid semasa sumpah laknat, kata Najib

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak mengajak Lim Kit Siang ke masjid untuk sumpah laknat berhubung kes 1MDB selepas perbicaraannya selesai, mengatakan beliau mahu berbual dengan veteran DAP itu.

Bekas presiden Umno itu meminta Lim menunggunya di luar masjid sementara beliau melafaz sumpah, dan kemudian beliau mahu belanja seteru politiknya itu minum kopi.

“Saya ingin mengajak Lim ke masjid di mana saya akan melakukan sumpah laknat untuk 1MDB. Lim boleh tunggu di luar masjid semasa saya bersumpah.

“Selepas itu, saya hendak belanja Lim minum kopi supaya saya boleh tanya soalan-soalan dalam debat yang Lim lari dari awal tahun ini,” katanya di Facebook hari ini.

Lim pada Mei menarik diri daripada perdebatan dengan Najib mengenai kleptokrasi, mendakwa ramai rakyat menasihatkannya tidak meneruskan perdebatan itu kerana bimbang ia akan bertukar menjadi “konflik orang Melayu lawan Cina”.

Najib hari ini mengulas laporan memetik Lim yang tertanya adakah beliau akan membuat sumpah laknat berhubung kes 1MDB.

Ia selepas Ahli Parlimen Pekan dijadualkan akan mengangkat sumpah di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur pada Jumaat bagi menafikan dakwaan dalam akuan berkanun bekas pegawai polis, Azilah Hadri, yang mengaitkannya dengan kematian warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Azilah, yang disabitkan membunuh Altantuya dan dikenakan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Persekutuan pada 13 Jan 2015, mendakwa Najib, ketika menjadi timbalan perdana menteri, memberi arahan untuk membunuh wanita itu.

Najib menepis dakwaan Azilah, mengatakan ia “langkah terdesak” oleh seseorang yang menghadapi hukuman mati.

Bekas perdana menteri hari ini berkata beliau sedia melafazkan sumpah laknat berhubung kes 1MDB.

“Tetapi peguam beritahu saya bahawa saya sudahpun mengangkat sumpah dalam kes ini. Sebab itu, saya masih di tengah memberi kenyataan bersumpah di mahkamah,” katanya.

Najib juga bersetuju polis menyiasat semula kes pembunuhan Altantuya, menjawab pertanyaan Lim yang dilaporkan pada 17 Dis.

Namun, Najib mahu Lim berjanji mengenai 2 kes yang dikaitkan dengan anaknya, Guan Eng.

“Adakah Lim berjanji bahawa kes banglo dan kes terowong disiasat semula, memandangkan kertas siasatan kes terowong terbongkar.

“Di mana pemilik konsesi projek mengaku pernah memberi wang kepada DAP dan menawarkan kepentingan 10% dalam projek terowong,” katanya. FMT