NASIONALPANAS!! Mukhriz pula balun rapat Sanusi

PANAS!! Mukhriz pula balun rapat Sanusi

“Beg untuk kuih raya lebih mahal dari kuih raya..nilai hingga 1.3 juta,” kata Sanusi.

Tetapi “belanja besar” waktu tu untuk bantu Rakyat, Frontliners semasa PKP-1 COVID-19.

1. Sanusi mungkin tersilap, Pejabat Menteri Besar semasa itu (bulan Ramadan, April 2020) tidak pernah tempah kuih raya sebanyak itu. Yang ditempah hanyalah kuih raya untuk diedarkan kepada kakitangan pejabat sahaja. Tak kan sampai RM1.3 juta!

2. Apa yang Pejabat Menteri Besar buat ketika itu ialah menyediakan beg bantuan barangan runcit untuk Rakyat yang terkesan dengan COVID-19 semasa PKP 1.

3. Satu beg bantuan bernilai RM35. Setiap DUN diperuntukkan 1,000 beg. Ada 36 DUN, maka jadilah 36,000 beg bantuan kesemuanya. Nilai RM35 ini termasuk kos penghantaran ke semua Pusat Khidmat ADUN dan Penyelaras DUN di seluruh Kedah, sekali dengan Langkawi. Barangan runcit yang terdapat di dalam setiap beg bantuan tersebut ialah:

a) 1 botol kordial
b) 1 kilogram beras pulut
c) 2 kilogram tepung
d) 2 kilogram gula pasir
e) 1 botol minyak masak
f) 1 paket kopi
g) 1 paket bihun

4. Beg ‘non-woven’ untuk mengisi barangan tersebut pula bernilai RM2.60 setiap satu. Ada 40,000 unit kesemuanya. Sebanyak 36,000 digunakan untuk mengisi barang-barang dan bakinya disimpan di Pejabat Menteri Besar untuk kegunaan masa depan.

5. Pada 15 Mei 2020, Menteri Besar ketika itu telah melepaskan jawatan. Maka bayaran untuk barangan runcit dan beg ‘non-woven’ tersebut pula belum terbayar walaupun proses permohonan sudah dibuat di Pejabat Kewangan Negeri. Ia kemudian diangkat ke Mesyuarat Exco oleh pentadbiran baharu, diluluskan dan pada November 2020, pembayaran telah selesai dibuat. Alhamdulillah.

6. Salahkah pejabat MB ketika buat semua ni demi rakyat yang sedang susah semasa PKP 1? Ini termasuk menyediakan pek makanan dua kali sehari kepada lebih 1,500 orang “frontliners” Kedah untuk tempoh sebulan lamanya. Pada masa itu, tiada apa-apa elaun makan minum pun untuk mereka.

7. Ia satu keputusan yang dibuat demi Rakyat, bukan untuk kepentingan atau keuntungan peribadi sesiapa. Tanyalah Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri dari PH yang telah melompat ke sebelah sana, mereka boleh mengesahkan penerimaan beg-beg bantuan ini. Boleh tanya juga pihak PDRM, RELA, ATM dan lain-lain agensi, malah pihak hospital yang menerima pek-pek makanan tersebut.

8. Sanusi sangat berbangga dengan duit simpanan Negeri Kedah yang kini berjumlah RM660 juta. Malangnya sejak menjadi Menteri Besar selama 17 bulan, hanya RM34.2 juta dibelanjakan untuk Rakyat Kedah. Sangat rendah jika dibandingkan dengan perbelanjaan oleh negeri lain yang mencecah ratusan juta. Maka tidak hairanlah, hingga kini Kedah masih di dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara.

9. Kini baru kita tahu bahawa RM660 juta itu bukanlah wang yang Kerajaan Negeri boleh belanjakan. Ia wang yang sudah ada tajuk dan untuk tujuan apa ia boleh dibelanjakan. Sanusi juga nak tunjuk bangga bila Zakat Kedah belanja lebih RM48juta untuk bantuan kepada Rakyat semasa pandemik. Wahai Sanusi, tu duit zakat, asal dari duit Rakyat dan bukannya duit hasil kutipan Kerajaan Negeri pun.

10. Pelik juga Sanusi ni. Orang berbelanja untuk Rakyat dia bising. Pada tahun 2018 dahulu, zaman BN belanja berjuta-juta buat Ekspo Muafakat Kedah,Sanusi tak pulak bising. Kenapa ya?

#MMFC

Panas! Mukhriz pula sekolahkan Sanusi

......