POLITIKPANAS!! Muhyiddin jangan tertalu emosional – Mazlan Bujang

PANAS!! Muhyiddin jangan tertalu emosional – Mazlan Bujang

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta tidak terlalu emosional dengan tindakan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu yang keluar meninggalkan parti.

Bekas ADUN Puteri Wangsa, Mazlan Bujang berkata, tindakan keluar parti adalah perkara biasa.

“Janganlah emosional sangat, saya bukannya keluar agama, saya keluar parti dan ini perkara biasa dalam Malaysia.

“Yang awak ni ‘pancing’ orang UMNO berduyun-duyun dan masuk dalam Bersatu (sebelum ini) itu tindakan bermoral? Ketua Bahagian masuk Bersatu dan adakah tindakan saya tidak bermoral?,” soalnya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, Muhyiddin sepatutnya berpolitik secara matang setelah semakin berusia, bukan sebaliknya.

“Kalau tindakan saya tidak bermoral, awak lagi tidak bermoral. Jadi sebelum kata-kata yang tidak manis itu berfikirlah banyak kali. Dah tua-tua berpolitik ni kena matang,” katanya.

Pada 27 Januari lalu, Muhyiddin mempersoal tindakan dan maruah Mazlan yang mengumumkan keluar Bersatu sedangkan beliau menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 atas tiket Bersatu.

“Dia (Mazlan) mahu sertai UMNO? Adakah dia ingat UMNO akan lantik dia sebagai calon. Berapa ramai orang yang dibawa sekali, dua? Mengapa tidak 200,000 orang,” kata Muhyiddin.

Berikutan itu, Mazlan mempersoalkan maruah Muhyiddin dan mengapa beliau berkelakuan sebegitu dan mengapa baharu sekarang bekas Perdana Menteri itu baharu sekarang mahu bersuara.

Sebelum ini, Mazlan mengumumkan beliau keluar Bersatu berkuat kuasa serta merta bersama 23 individu lain termasuk mereka yang memegang jawatan Ketua Cawangan dan Ahli Jawatankuasa Bersatu Bahagian Tebrau.

Mazlan dilaporkan berkata, mereka tidak akan menyertai mana-mana parti politik buat masa ini namun akan memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN).

Keputusan ini dibuat berdasarkan keperluan mewujudkan kerajaan negeri stabil dan kepimpinan diyakini.

Katanya, dua kegagalan kepimpinan Menteri Besar terdahulu dilihat gagal mentadbir Johor.

Beberapa hari selepas itu, bekas ADUN Larkin, Datuk Mohd. Izhar Ahmad turut membuat pengumuman keluar Bersatu serta merta atas alas hilang kepercayaan terhadap hala tuju parti serta kepimpinan Muhyiddin. – MalaysiaGazette

Muhyiddin jangan tertalu emosional – Mazlan Bujang

......