POLITIKPanas!! Muhyiddin dapat mandat Bersatu bentuk 'jajaran politik baru'

Panas!! Muhyiddin dapat mandat Bersatu bentuk ‘jajaran politik baru’

Parti Bersatu telah memberikan mandat kepada presidennya Muhyiddin Yassin untuk mengadakan perbincangan dengan parti lain bagi membentuk ‘jajaran politik baru’ menjelang pilihan raya umum akan datang.

Memetik laporan portal Sinar Harian, Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan berkata bahawa keputusan itu penting bagi Bersatu dan gabungan Perikatan Nasional (PN) untuk membentuk pakatan yang boleh menewaskan BN.

Selain itu, dia berkata PN dan Pakatan Harapan (PH) sedar bahawa jika mereka tidak bersatu, BN akan mendapat manfaat.

“Biarpun belum ada kata sepakat namun semua parti sama ada dalam PN dan PH masih terbuka untuk mengadakan perbincangan mengenai pembentukan jajaran baru politik menjelang PRU15.

“Di pihak Bersatu dan PN, kita jarang mengeluarkan kenyataan media kerana belum ada keputusan muktamad. Jika ada keputusan barulah kita akan keluarkan kenyataan rasmi. Malah, Anwar Ibrahim selaku Pengerusi PH dan Presiden PKR mengakui ada berlaku perbincangan ke arah itu.

“Justeru, kita tunggu dan lihat hasilnya apabila tiba masanya nanti,” katanya.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, Muhyiddin mengadakan perbincangan dengan Anwar, pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad dan presiden Warisan Mohd Shafie Apdal berhubung mewujudkan gabungan politik menjelang PRU.

Perbincangan ini diadakan dalam situasi Bersatu dan PN masih menyokong Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri, yang merupakan pemimpin daripada BN.

Muhyiddin sejak itu menjelaskan bahawa dia telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin dari bukan BN kerana keputusan pilihan raya Johor dan Melaka menunjukkan BN hanya memenangi dua pilihan raya itu kerana undi pembangkang berpecah.

Dia berkata majoriti telah mengundi menentang BN pada dua pilihan raya itu kerana mereka menentang pemimpin kleptokrasi.

https://www.malaysiakini.com/news/624048?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR3QVDPymrhMfuNSxOifhK03jmZ2DtD6_-sMr5vEI-csCG448EEsyr0ai-A

......