NASIONALPANAS!! Mahathir kata akan jadi 'negara paria' kalau tak hormat janji

PANAS!! Mahathir kata akan jadi ‘negara paria’ kalau tak hormat janji

Pulau Batu Puteh, yang mempunyai tuntutan bertindih antara Malaysia dan Singapura, tidak wajar dibandingkan dengan Langkawi, Kedah, kata Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, Langkawi diiktiraf sebagai milik Malaysia sedangkan Batu Puteh ialah beting atau sandbank yang dituntut oleh dua negara.

“Langkawi tidak pernah dituntut oleh Siam dan pegawai kerajaan negeri Kedah tidak pernah menyatakan kepada Siam bahawa Kedah tidak anggap Langkawi bukan milik Kedah,” kata bekas perdana menteri.

Bagaimanapun, kata Mahathir, kerajaan Johor melalui surat telah menyatakan bahawa Johor tidak menuntut Batu Puteh sebagai miliknya.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada 14 Oktober lalu bertitah tindakan mesti diambil ke atas pihak yang cuai dan khilaf dengan tidak meneruskan permohonan semakan dan pentafsiran kes Batu Puteh.

Baginda mahukan penjelasan di sebalik tindakan kerajaan ketika pentadbiran Mahathir pada 2018 yang tidak meneruskan permohonan semakan ke atas penghakiman kes Batu Puteh di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Titah baginda, tindakan sedemikian seolah-olah mengalah sebelum masuk gelanggang.

“Mengapa soal kedaulatan Johor seolah-olah tidak penting kepada kerajaan pada waktu itu? Adakah kita negeri anak tiri? Kalau tak suka Johor… Cuba kalau Malaysia kehilangan Pulau Langkawi kepada Thailand, bagaimana rasa orang Kedah agaknya?” titah baginda.

Sementara itu, Mahathir berkata, selepas pertikaian, rundingan untuk Malaysia memiliki semula Pulau Batu Puteh bertahun-tahun tidak berjaya.

 

“Apa pilihan kita?

“Kita boleh berperang untuk rampas Pulau Batu Puteh. Tetapi kos dan korbanan jiwa amat tinggi. Ia tidak dapat diterima oleh kita. Lagi pun belum tentu kita menang,” katanya.

“Kita terus berunding tetapi tidak menghasil apa-apa keputusan.”

Keputusan ICJ muktamad

Sementara itu, katanya, tiada rayuan terhadap keputusan ICJ kerana keputusannya muktamad dan mesti diterima.

Katanya, rujukan kepada ICJ hanya akan diterima oleh ICJ jika perjanjian menerima tanpa soal dan keputusannya dihormati.

“Negara yang bermaruah mesti hormati janji. Hanya negara yang tidak bermaruah yang akan mungkir janji.

“Muktamad adalah muktamad. Jika sebuah negara tidak hormati janji, tidak ada negara lain yang akan buat perjanjian dengan negara berkenaan. Ia menjadi negara pariah,” katnya.

Oleh sebab itu, katanya, sebelum berjanji kajian sedalam-dalamnya perlu dibuat.

https://www.malaysiakini.com/news/596108

......