POLITIKPANAS!! Kluster Mahkamah sengaja direka untuk burukkan pemimpin UMNO kata Zahid

PANAS!! Kluster Mahkamah sengaja direka untuk burukkan pemimpin UMNO kata Zahid

KUALA LUMPUR – Istilah Kluster Mahkamah yang direka oleh pasukan propaganda sebagai usaha berterusan memburuk-burukkan sebilangan pimpinan UMNO selepas PRU-14.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, istilah itu adalah ”pembunuh karakter” yang seterusnya selepas menyaksikan sebilangan besar rakyat mula hilang keyakinan terhadap parti politik yang mereka dukung dan kembali menaruh harapan kepada UMNO.

Namun mereka buat-buat lupa bagaimana sebahagian daripada pemimpin parti politik mereka menyelamatkan diri daripada momokan Kluster Mahkamah.

”Mereka ini terlepas daripada momokan Kluster Mahkamah dengan meninggalkan perjuangan parti dan melompat kepada parti yang menang PRU-14.

”Hanya pimpinan UMNO yang berani dan setia kepada perjuangan parti sanggup bertahan dan menentang walaupun dilabel sebagai Kluster Mahkamah,” kata Ahmad Zahid.

Justeru mereka yang lompat parti sebenarnya tiada moral standing untuk memberi pandangan terhadap individu yang konon mereka gelar sebagai Kluster Mahkamah.

Dengan itu adalah wajar mereka menginsafi tingkah laku kerana rakyat zaman ini hidup di zaman bermaklumat yang mengerti apa yang berlaku, ujar beliau. – MalaysiaGazette

Istilah Kluster Mahkamah direka burukkan pemimpin UMNO – Zahid

......