POLITIKPANAS!! Kalau dah hebat dan yakin sangat, bubar Parlimen juga’, kata Salahuddin...

PANAS!! Kalau dah hebat dan yakin sangat, bubar Parlimen juga’, kata Salahuddin selepas spekulasi PRN Johor

Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub mencabar Parlimen dibubarkan serentak dengan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, sekiranya Umno yakin mampu mendapat mandat rakyat.

Sejak memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama kerajaan, katanya, Pakatan Harapan (PH) secara jelas menyokong kerajaan bukan atas kepentingan parti, bahkan demi kebajikan rakyat bagi membuka ruang kepada usaha pemulihan ekonomi, termasuk kemasukan pelaburan langsung asing (FDI).

Salahuddin berkata, PH akan menarik balik MoU bersama kerajaan itu, jika PRN diadakan di Johor.

“Kini, timbul khabar angin dia nak bubar (DUN) Johor. Selepas ini, mungkin Perak. Jadi, siapa yang bermain politik sekarang? Jadi, saya nak bertanya dia nak main-main dengan MoU atau nak jaga kepentingan politik sahaja?

“Tapi dia ‘ding dong’ nak bubar Johor atau Perak dulu…negeri atau federal (pusat) dulu. Jika nak tarik, tariklah, dia tarik, kita akan tarik sokongan.

“Jika dia nak, buat sekali…bubar Parlimen. Sekiranya mahu amanat rakyat, rasa yakin sangat, bubar Parlimen sekarang,” katanya kepada FMT.

Ditanya sama ada parti lain dalam PH juga sependapat dengannya, Salahuddin berkata: “Kami berkongsi semangat sama.”

“Ketika kami menandatangani MoU, adalah jelas kami semua sepakat, rakyat diutamakan. Sekarang, saya yakin mereka juga berkongsi pandangan sama.”

Ketika ini, katanya, negara berdepan krisis banjir, isu alam sekitar, pembalakan, pengairan dan saliran, menjadi antara perkara yang perlu diberi tumpuan.

“Jadi, jangan main-main dengan sokongan yang kita berikan. Kami betul-betul ikhlas dan kami buat apa yang kami katakan. Sampai hari ini, kita tidak ada apa-apa main politik,” katanya.

Spekulasi berhubung PRN Johor timbul susulan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri Kempas, Osman Sapian, daripada Bersatu pada 21 Dis lalu yang menyaksikan kerajaan negeri kini memerintah hanya dengan kelebihan satu kerusi majoriti di DUN Johor.

DUN Johor mempunyai 56 kerusi terdiri daripada Umno dan DAP masing-masing memiliki 14 kerusi, Bersatu (11), MIC (2), PAS (1), Amanah (6) dan PKR (7).

‘Kalau yakin sangat, bubar Parlimen juga’, kata Salahuddin selepas spekulasi PRN Johor

......