NASIONALPanas!! Jelaskan mengapa lepas tanpa bebas kes bunuh pembantu rumah, Najib beritahu...

Panas!! Jelaskan mengapa lepas tanpa bebas kes bunuh pembantu rumah, Najib beritahu Tommy Thomas

PETALING JAYA: Najib Razak menggesa bekas peguam negara Tommy Tomas untuk menjelaskan mengapa beliau meminta seorang wanita yang didakwa membunuh pembantu rumah warga Indonesia dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) empat tahun lalu.

Ini selepas Mahkamah Persekutuan pada Khamis lalu mengekalkan pembebasan warga emas S Ambika yang didakwa membunuh Adelina Lisao, 28, di rumahnya di Medan Kota Permai 2, Bukit Mertajam, pada 10 Feb 2018.

Pada 18 April 2019, Mahkamah Tinggi di George Town membebaskan wanita berusia 62 tahun itu selepas pihak pendakwaan memohon DNAA.

Najib berkata Mahkamah Persekutuan dalam keputusannya berkata, pendakwaan tidak memberi alasan di Mahkamah Tinggi apabila ia memohon DNAA.

Bekas perdana menteri itu berkata, ia mengejutkan dan beliau menegaskan bahawa lantikan Pakatan Harapan (PH) itu adalah peguam negara ketika permohonan berkenaan dibuat.

“Jadi, ia wajar untuk Tommy Thomas memberi penjelasan kenapa dakwaan telah ditarik balik tanpa alasan diberi kepada mahkamah ketika dia menjawat sebagai Peguam Negara.

“Rakyat negara jiran Indonesia cukup kecewa dan marah dengan keputusan ini. Seolah-olah keadilan di Malaysia tidak wujud,” katanya di Facebook.

Tahun lepas Mahkamah Rayuan mengesahkan pembebasan Ambika.

Khamis lalu, panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Vernon Ong di Mahkamah Persekutuan berkata hakim perbicaraan Akhtar Tahir telah menggunakan budi bicaranya untuk memberikan Ambika pembebasan.

Beliau berkata, “tiada kekhilafan yang boleh dirayu” oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan apabila menolak rayuan pendakwaan.

Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono berkata kerajaannya kecewa tetapi menerima keputusan itu, sambil menambah bahawa mereka akan melihat kemungkinan lain seperti memfailkan saman sivil.

Najib berkata, dengan pembebasan itu, tiada siapa yang akan bertanggungjawab atas kematian Lisao.

“Ramai yang kecewa dan tidak faham kenapa ini boleh berlaku,” katanya.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/06/25/jelaskan-mengapa-lepas-tanpa-bebas-dalam-kes-bunuh-pembantu-rumah-najib-beritahu-tommy-thomas/

......