POLITIKPANAS!! Hasrat DAP batalkan projek ART mengejutkan, kata SUPP

PANAS!! Hasrat DAP batalkan projek ART mengejutkan, kata SUPP

Tekad Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen untuk membatalkan cadangan pembinaan projek Transit Aliran Autonomi (ART) sekiranya Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya negeri Sarawak ke-12 (PRN12) ini amat mengejutkan dan dikesali, kata Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Sim Kui Hian.

Beliau berkata sebagai Ahli Parlimen Stampin, Chong pastinya tahu bahawa kesesakan lalu lintas di bandar raya Kuching semakin bertambah buruk selaras dengan pertambahan penduduk, dan jumlah kenderaan di kawasan kota.

“Tidakkah Chong tahu bahawa jumlah penduduk Kuching dan juga kenderaan berdaftar masing-masing meningkat tiga dan lapan peratus setiap tahun, sekali gus mengakibatkan peningkatan kesesakan di bandar raya?

“Berdasarkan trend pertumbuhan semasa bagi trafik kawasan bandar raya Kuching, pertumbuhan jumlah kenderaan dijangka menjangkau 41% dari 317,400 pada tahun 2015 kepada 449,200 pada tahun 2030,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sim merupakan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kawah dalam PRN12 ini.

Semalam Chong, calon DAP bagi kerusi DUN Padungan dilaporkan berkata PH tidak akan meneruskan projek mega yang dianggap ‘projek gajah putih’ seperti projek ART, sekiranya ia berjaya mengambil alih pentadbiran kerajaan.

Sim seterusnya menggesa pengundi di Sarawak menyokong GPS sekiranya mereka percaya bahawa Kuching, malah seluruh Sarawak, berhak mengecap nikmat pembangunan.

Hasrat DAP batalkan projek ART mengejutkan, kata SUPP

......