POLITIKPANAS!! Hadi bagai mengajar itik berenang, kata Veteran Umno

PANAS!! Hadi bagai mengajar itik berenang, kata Veteran Umno

Veteran Umno hari ini mendakwa Presiden PAS Abdul Hadi Awang tidak “jahil” terhadap struktur Umno apabila menyarankan ahli parti terbabit mengikut kehendak majlis kerja tertinggi (MKT) dan mengabaikan pandangan pemimpin di peringkat bawahan

Setiausaha Veteran Umno Mustapha Yaakub malah menganggap pandangan ahli parlimen Marang itu seolah-olah mengajar itik berenang.

Menurut Mustapha ketetapan dibuat Umno sekarang berpunca daripada usul di peringkat bahagian sebelum dipersetujui perhimpunan agung parti dan diluluskan MKT.

Tambahnya usul berkenaan datang daripada 143 bahagian Umno di seluruh negara.

“Hadi jangan cuba nak mengajar itik berenang. Umno berenang dalam kolam sendiri.

“Umno tidak berenang dalam dua kolam. Umno lebih tahu cetek dan dalamnya air di kolam sendiri. Oleh itu Hadi lebih baik tutup mulut daripada bercakap merapu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam Abdul Hadi mencadangkan agar ahli Umno mengikut kecenderungan MKT mereka dan usah mengambil kira pandangan di peringkat bahagian semasa menentukan status kerjasama di antara kedua-dua parti.

Malah duta khas bertaraf menteri itu juga berpendapat bahawa Umno tidak patut mengikut acuan “demokrasi Barat”.

Semasa ditemui media di Marang, Terengganu, Abdul Hadi mendakwa dia diberitahu majoriti anggota MKT Umno cenderung mahu meneruskan kerjasama PAS – yang konsisten mengekalkan keberadaan mereka bersama Bersatu.

Ia kemudian mendapat teguran segera daripada Ketua Penerangan Umno Malaysia Shahril Hamdan.

Mustapha berkata Abdul Hadi mungkin hanya mendapat maklumat daripada sumber yang cenderung mahu mengekalkan kerjasama dengan PAS.

“Kenapa Hadi tidak bertanya dengan ahli MKT yang tidak mahukan Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional (PN)?

https://www.malaysiakini.com/news/605288

......