POLITIKPANAS!! BN-PN asyik gaduh saja, lebih baik sokong PH di Johor kata...

PANAS!! BN-PN asyik gaduh saja, lebih baik sokong PH di Johor kata Guan Eng

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meminta rakyat Johor mengundi Pakatan Harapan (PH) untuk mengembalikan semula kestabilan di negeri itu.

Berucap di Paloh, Johor semalam, Lim berkata kerajaan persekutuan kini tidak stabil akibat pertelingkahan di antara BN dan Perikatan Nasional (PN).

“Kita lihat kerajaan persekutuan tiap-tiap hari gaduh antara satu sama lain. PN hentam BN, BN hentam PN. Adakah ini kerajaan Johor yang kita mahu di Johor?

“Lebih baik sokong sebuah gabungan yang stabil iaitu PH dan juga parti pembangkang lain selama kita jadi kerajaan 22 bulan,” katanya ketika berucap dalam siri jelalah DAP untuk mengumumkan calon parti itu.

Untuk rekod, PRN Johor menimbulkan ketegangan dalam PH sendiri apabila PKR membuat keputusan menggunakan logo sendiri dan bukan logo gabungan itu.

Ini meyebabkan ada pemimpin DAP dan Amanah menimbulkan kenyataan kurang senang terhadap PKR.

Bagaimanapun, Lim dan pemimpin tertinggi PH menjelaskan keputusan PKR menggunakan logo sendiri adalah bukti PH menerima kepelbagaian.

Sementara itu, pertelagahan antara BN dan PH dilihat berupaya menggugat kestabilan kerajaan pusat.

Pimpinan Bersatu dan PAS sebelum ini mengatakan sokongan mereka kepada kerajaan pimpinan Umno adalah bersyarat.

BN dan PN dijangka bersaing sesama sendiri pada PRN Johor yang akan diadakan tidak lama lagi selepas DUN Johor dibubarkan pada 22 Jan lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 9 Feb ini bagi membincangkan tarikh PRN berkenaan.

https://www.malaysiakini.com/news/609516

......