POLITIKPANAS! Anwar tegur Takiyuddin, jangan salahkan 'takdir Allah' kejadian banjir di Kedah

PANAS! Anwar tegur Takiyuddin, jangan salahkan ‘takdir Allah’ kejadian banjir di Kedah

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) menempelak Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Takiyuddin Hassan apabila Ahli Parlimen Kota Bharu itu mengaitkan bencana kepala air di Gurun, Kedah baru-baru ini sebagai “takdir Allah”.

Takiyuddin ketika menjawab soalan tambahan Sabri Azit (PAS-Jerai) berkata kementerian itu dukacita dengan kejadian bencana yang berlaku di negeri itu.

“Masalah ‘nature’ ini jangan nak salah Tuhan. Kadang-kadang ia masalah manusia.

“Macam mana kamu tahu ‘act of God’ bila manusia itu rakus, merosakkan alam?” tanya Anwar di Dewan Rakyat hari ini.

Takiyuddin kemudian menjelaskan ketika mengunjungi lokasi banjir, beliau mendapati pokok yang dihanyutkan air banjir masih mempunyai akar menggambarkan pokok dibawa air banjir lumpur itu bukanlah akibat kegiatan pembalakan.

“Ini adalah satu ‘act of God’. Satu takdir Allah,” kata menteri itu.

Jangan salahkan ‘takdir Allah’ kejadian banjir di Kedah, kata Anwar kepada menteri

......