POLITIKPANAS! Akhirnya Mahathir mengaku yang Najib tidak ambil duit 1MDB?

PANAS! Akhirnya Mahathir mengaku yang Najib tidak ambil duit 1MDB?

Semalam Tun Mahathir kata dia terima hakikat bahawa duit yang dirampas daripada Dato’ Seri Najib oleh kerajaan telah didapati mahkamah bukannya daripada sumber 1MDB.

Selama beberapa tahun kebelakangan ini, Mahathir kata Najib adalah penyamun dan kleptokrat yang telah sakau duit 1MDB, tetapi kelmarin mahkamah telah membuktikan sebaliknya.

Tetapi Mahathir tidak puas hati dan dia terus tukar topik dan kini dia tanya kalau duit itu bukan dari 1MDB duit itu daripada mana?

Dan dia juga tanya berapa Najib bayar cukai untuk duit sebanyak itu.

Mahathir sepatutnya minta maaf kepada Najib ke atas fitnahnya selama ini, bukannya mencuba cari ruang untuk fitnah beliau lagi dengan persoal itu dan ini pula.

Jika Mahathir ingin persoal berkenaan sumber kewangan Najib tersebut, rakyat juga mahu persoal berkenaan sumber kekayaan Mahathir dan anak-anaknya yang berjumlah berbilion dollar.

Dan adakah Mahathir dan anak-anaknya bayar cukai ke atas semua sumbangan yang diterima oleh mereka selama ini?

Saya harap Mahathir jawab itu dulu sebelum cuba burukkan orang lain lagi.

Dan bertaubat serta minta ampun kepada Allah SWT atas segala fitnah dan penganiayaan yang dibuat ke atas orang-orang yang teraniaya olehnya selama ini

https://www.editormalaysia.com/22934/

......