POLITIKPADU YA AMAT!! PRN Johor: Bersatu pertahan 11 kerusi, kata ahli MPT

PADU YA AMAT!! PRN Johor: Bersatu pertahan 11 kerusi, kata ahli MPT

Bersatu membayangkan mempertahankan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dimenangi dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14), pada pilihan raya negeri (PRN) Johor kali ini.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Rosol Wahid, berkata keputusan penuh termasuk meletakkan calon untuk penambahan kerusi akan diputuskan selepas mesyuarat majlis tertinggi dipengerusikan Presiden, Muhyiddin Yassin.

Katanya, pengagihan kerusi untuk PRN Johor juga akan mengambil kira hasil keputusan pada mesyuarat pimpinan tertinggi Perikatan Nasional (PN).

“Tetapi kita jangka mempertahankan 11 kerusi DUN yang dimenangi Bersatu pada PRU lalu,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata demikian ketika mengulas pendirian Bersatu mengenai PRN Johor selepas DUN negeri itu dibubarkan, semalam.

Bersatu mempunyai 11 kerusi iaitu DUN Gambir, Puteri Wangsa, Tenang, Kempas, Bukit Kepong, Bukit Permai, Larkin, Permas, Sedili, Johor Lama dan Endau.

Mengulas lanjut, Rosol yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu berkata, sepatutnya DUN Johor tidak dibubarkan kerana rakyat masih lagi berdepan kesan musibah termasuk pasca banjir.

“Bersatu dari awal lagi tidak bersetuju DUN Johor dibubarkan kerana negara masih berdepan pelbagai musibah termasuk pandemik Covid-19 dan bencana banjir.

“Pimpinan tertinggi Bersatu sudah memberi pandangan PRN Johor tidak perlu diadakan dan mencadangkan agar pembubaran DUN negeri itu ditangguhkan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, Bersatu memutuskan untuk meletakkan calon terutama mengekalkan 11 DUN yang dimenangi selepas kerajaan negeri memutuskan untuk membubarkan DUN bagi membolehkan PRN diadakan.

PRN Johor: Bersatu pertahan 11 kerusi, kata ahli MPT

......