Kenyataan yang boleh mengundang emosi berskala besar terhadap golongan bawahan, sudahlah susah, nak minta bantuan kerajaan dikata begini pula.

Mana pergi perjuangan untuk rakyat? Boleh pula terbuka mulut mengatakan orang miskin usahlah meminta-minta, orang kaya boleh pula, meminta-minta projek dari kerajaan, kira boleh macam tu?

Rasanya, PM memang sengaja mengundang rakyat makin membenci PH, sengaja atau tidak, atau memang niat tulus dihati seorang PM yang rakyat siap yakin supaya menyelamatkan negara ini, #rinduzamantun.

Sekarang semua yang kata orang tua ini mampu membawa negara kearah negara yang lebih maju, ekonomi ibarat harimau asia, lupakan sahaja.

Mungkin juga ini dosa-dosa yang ditanggung seorang yang berumur 94 tahun terhadap insan yang dia aniaya, iaitu Najib Razak.

Allah itu Maha Berkuasa, segala apa perancangan Allah itu lebih hebat dari seorang manusia yang entah bila boleh padam nyawanya bila Allah berkehendak begitu.

Orang miskin jangan tertunggu-tunggu bantuan kewangan – PM

PUTRAJAYA – Golongan miskin di negara ini dinasihatkan agar tidak terus menunggu bantuan kewangan daripada kerajaan semata-mata.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, mereka harus menukar gaya hidup daripada mendapatkan bantuan kepada berusaha sendiri agar keluar daripada kemiskinan.

“Tukarlah cara kita menerima masalah kita dan mengatasi masalah kita khusus yang berkenaan dengan kemiskinan janganlah tertunggu-tunggu supaya dapat diberi bantuan kewangan.

“Sebaliknya, jika mereka dapat menambah pendapatan mereka dengan usaha mereka sendiri maka terpulanglah kepada mereka untuk meningkatkan pendapatan mereka,” katanya dalam ucapan sempena Himpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) Perdana Putra hari ini.

Golongan miskin menurut Mahathir, mempunyai banyak masa untuk melakukan kerja-kerja lain bagi menambahkan pendapatan mereka.

Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan bagi memastikan apa bidang-bidang kerja yang boleh diisi oleh golongan berkenaan.

“Mereka yang miskin mempunyai masa yang panjang untuk melakukan kerja-kerja lain, jadi ini adalah kerja kerajaan untuk mengenalpasti apa kerja-kerja lain dan perniagaan lain yang boleh diusahakan oleh golongan miskin,” katanya lagi. –MalaysiaGazette