Kumpulan pendaki yang menemui jasad Nora Quoirin pada Selasa mendakwa gadis itu berada dalam posisi tidur.

Bercakap kepada Daily Mail, wakil kumpulan itu mendakwa gadis berkenaan ditemui di tepi sungai dengan tangan berada di kepala.

“Dia kelihatan seperti tidur tetapi kami tahu dia sudah meninggal dunia,” katanya mendakwa pendaki wanita turut mengalirkan air mata.

“Kami tidak menghampirinya tetapi berdiri kira-kira 15 meter dan ketua kami memanggil polis. Saya dapat melihat jasadnya.”

Menurut sumber polis, kumpulan berkenaan memaklumkan kepada pasukan mencari dan menyelamat pada 1.57 petang Selasa dengan pihak berkuasa tiba ke lokasi kira-kira 30 minit kemudian.

Mayat dibawa menaiki helikopter kemudian disahkan sebagai Quorin yang hilang di resort The Dusun awal bulan ini.

Bedah siasat dijalankan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban semalam namun keputusannya belum diketahui. 

BACA sini: [Video] Nora mati akibat usus bocor, bukan dirogol – PDRM
https://pakdin.my/video-nora-mati-akibat-usus-bocor-bukan-dirogol-pdrm/

https://pakdin.my/tag/nora-anne