NASIONALNga Kor Ming kata Bajet RM332.1 bilion tingkatkan hutang negara

Nga Kor Ming kata Bajet RM332.1 bilion tingkatkan hutang negara

Bajet 2022 bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera’  berjumlah RM332.1 bilion adalah perbelanjaan tertinggi dalam sejarah sekali gus mencetuskan kegusaran peningkatan hutang negara melebihi RM1.32 trilion.

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata,  ini kerana setiap sen daripada hasil kerajaan, 18 peratus akan digunakan untuk membayar faedah hutang negara.

“Ini membimbangkan kerana setiap sen  hasil kerajaan, 18 peratus perlu digunakan untuk membayar faedah hutang negara,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz membentangkan Bajet 2022 yang bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera’  yang berjumlah RM332.1 bilion.

Bajet 2022 mengariskan berdasarkan tiga matlamat induk iaitu Kesejahteraan Rakyat, Kelangsungan Ekonomi dan Ketahanan Ekonomi.

Zafrul memberitahu,, ia sejajar dengan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK) di samping beberapa pakej pemulihan ekonomi diumumkan sebelum ini.

“Walaupun KDNK ketiga terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun ia kembali pulih pada suku keempat menerusi pembukaan sektor ekonomi. – UTUSAN

Bajet RM332.1 bilion tingkatkan hutang negara 

......