POLITIKNegara dilanda musibah banjir, Menteri Bunga bercuti ke Dubai?

Negara dilanda musibah banjir, Menteri Bunga bercuti ke Dubai?

Ketika negara sedang gempar dengan isu banjir besar di beberapa buah negeri, di laman Twitter hangat memperkatakan kononnya terdapat seorang menteri telah ke luar negara untuk bercuti.

Dipercayai telah ke Dubai, pendedahan yang mendapat lebih dari 5 ribu ulang kicau (Retweet) dari pengguna laman itu, rata-ratanya memberi kecaman terhadap figura tersebut yang disifatkan mereka sebagai tidak bertanggungjawab.

Malah ada diantara mereka turut mendoakan sesuatu yang tidak baik akan berlaku kepada menteri itu berikutan kecewa dengan tindakannya yang sanggup ke luar negara ketika rakyat dilanda musibah.

Sumber https://beritaperak.com/negara-dilanda-banjir-besar-ragut-nyawa-ada-pak-menteri-dilapor-melancong-ke-dubai/

......