POLITIKNajib balun balik! PH tangguh projek LCS sampai kapal tak sampai tak...

Najib balun balik! PH tangguh projek LCS sampai kapal tak sampai tak nak pertikai ke? Mat Sabu kena jawab…

Memang agak misteri tuduhan PH ni, malah Rafizi bermain persepsi kononnya masalah ini berpunca dari BN, Najib, Zahid.

Alamklumlah sudah nak PRU, modal-modal tuduhan jahat ini memang akan dilakukan untuk menaikkan imej PH dimata rakyat.

Najib dalam status Facebooknya…

Ini kenyataan media Mat Sabu setahun dahulu pada bulan Mei 2021 tahun lepas.

Dia mengaku bahawa projek LCS telah ditangguh pada tahun 2018 dan dibeku tahun 2019.

Dia kata kerajaan PH pernah berniat untuk sambungkan projek yang mereka beku setelah mereka memberi taklimat kepada PM7 Tun Mahathir pada bulan Januari 2020.

Dia juga kata kabinet kerajaan PH sudah dijadualkan untuk bermesyuarat tetapi tidak sempat membuat keputusan akhir untuk sambung projek sebab kerajaan PH tumbang pada Februari 2020.

Mat Sabu pula nafi kerajaan PH tidak bertanggung jawab atas kelewatan projek sebab dia kata projek sudah pun mula lewat pada tahun 2015 (iaitu setahun selepas kotnrak projek ditanda tangan) sebab kerajaan PH menggunakan masa dalam tahun 2018 dan 2019 untuk siasat kelewatan projek.

(Kerajaan hari ini hanya berputus untuk sambung semula projek yang dibeku ini pada bulan Mei 2022 setelah dua tahun pandemik)

Oh… rupanya forensik audit yang hentikan projek, ya?

https://www.thevibes.com/articles/news/27166/pakatan-not-responsible-for-lcs-project-delay-mat-sabu?fbclid=IwAR2xXrOV1oKrCBTwtkf_ioTY0fwes0itC5IxQ1VQHe9AVSCC8lXyOWHKVAQ

......