POLITIKNajib bagi sebiji buah pedih!! Tak payah nak putar belit, niat kamu,...

Najib bagi sebiji buah pedih!! Tak payah nak putar belit, niat kamu, kami tahu, Najib jawab Muhyiddin

Perang mulut antara bekas Presiden Umno, Najib Razak dengan Presiden Bersatu semakin hangat hanya beberapa jam selepas Muhyiddin Yassin, mengeluarkan kenyataan berhubung pelantikan Ketua Menteri Sabah, ketika pilihan raya negeri, dua tahun lalu.

Najib dalam kenyataan balas di Faceboknya mendakwa, Muhyiddin telah menamakan Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri pada 12 Sept 2020, iaitu pada hari penamaan calon.

“Hari itu penamaan calon (12 Sept) jadi tang mana (di mana) kamu (Muhyiddin) tunggu hingga kempen tamat sedangkan sebelum kempen, kamu sudah berniat menamakan Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah?” soal beliau.

“Awal-awal lagi dia sudah rancang, bukan sehingga tempoh kempen tamat seperti dalam kenyataan dia tadi.”

Najib menambah, kerusi ditandingi Bersatu pada PRN tersebut merupakan kerusi tradisional Umno yang mana kebanyakan calonnya lompat daripada parti itu.

“Umno disuruh serahkan kerusi tersebut pada Bersatu, berkempen untuk mereka di kerusi diserahkan Umno. Umno menang 14 kerusi, berbanding Bersatu 11 kerusi, tetapi Bersatu jadi Ketua Menteri.

“Tak payah nak putar belit lagi, niat kamu sudah kita tahu,” katanya.

Selain itu, Najib juga meminta Muhyiddin menjawab kenyataan Ketua Bersatu Johor minggu lalu, mengenai hasrat beliau mahu menamatkan dominasi Umno dan BN yang menjadi teras gabungan itu untuk tidak mampu lagi bangkit pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Memandangkan PM8 (Perdana Menteri kelapan) ada membaca posting (kenyataan) saya, maka saya juga tuntut dia nafikan kenyataan dikeluarkan Ketua Bersatu Johor,” jelasnya sambil turut memuatnaik pautan berita disiarkan dalam portal.

Tidak cukup dengan itu, Najib juga mendesak Muhyiddin menafikan suara rakaman itu bukan milik beliau yang didakwa ketika mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Bersatu pada 23 Feb 2020.

“Rakaman suara itu merancang untuk menyogok ahli Umno untuk menjadi parti terbesar kerajaan.

“Jadi, kenapa pula Umno perlu berkawan dengan pihak yang niat sebenarnya ialah untuk tamatkan Umno buat selama-lamanya dengan niat dari awal-awal lagi untuk sogok dan beli ahli? soalnya.

Berapa jam lalu, Muhyiddin dalam hantaran Facebook miliknya, mengeluarkan kenyataan menyatakan kepada Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, supaya menamakan calon Ketua Menteri Sabah dari Umno, namun beliau tidak menamakan sehingga kempen PRN berakhir.

Disebabkan itu, Muhyiddin menamakan Hajiji sebagai calon Ketua Menteri sekiranya Perikatan Nasional (PN) memenangi jumlah kerusi yang terbesar dalam kalangan parti yang membentuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Tak payah nak putar belit, niat kamu, kami tahu, Najib jawab Muhyiddin

......