GAYA HIDUPHiburanMurid main kahwin-kahwin dalam kelas, reaksi guru pula bikin berdekah!

Murid main kahwin-kahwin dalam kelas, reaksi guru pula bikin berdekah!

Jika diingat semula kenangan semasa zaman persekolahan dulu, pastinya ramai yang cukup rindukan perkara gila-gila yang selalu dilakukan bersama rakan-rakan. Macam yang dikongsikan tentang gelagat murid yang bermain kahwin-kahwin di dalam kelas mereka ini.

Namun apa yang menarik perhatian ialah reaksi dari guru mereka sebaik sahaja melihat kejadian itu. Video tersebut juga tular dikongsikan apabila ia meraih lebih 10 juta tontonan setakat ini.

 

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan dua murid lelaki yang sedang bermain kahwin-kahwin di hadapan kelas. Lebih melucukan, kedua-duanya juga berlakon menjadi pengantin yang sedang bersanding di atas pelamin.

Bukan itu sahaja, salah seorang dari mereka turut memakai tudung dan memegang bunga seolah-olah dirinya adalah pengantin perempuan. Tidak lama kemudian, guru mereka muncul di hadapan kelas sekaligus terkejut melihat apa yang terjadi.

main kahwin-kahwin

Walaupun memberikan reaksi terkejut, guru wanita itu kemudian turut sama menyertai sketsa yang dilakonkan muridnya itu. Dia kemudian menghulurkan tangan dan bersalaman dengan pengantin perempuan yang sedang bersanding membuatkan pelajar yang lain turut berdekah melihatnya.

Meninjau di ruangan komen, reaksi sporting dari guru wanita itu turut menerima pujian dari netizen. Ada juga yang tidak menyangka guru tersebut cukup sporting mahu melayan kerenah pelajarnya itu malah siap berlakon bersama-sama mereka.

“Cikgu macam ni lah ramai anak murid sayang…”

murid main

“Weh kalau Malaysia terus satu sekolah cikgu datang kat kelas siap bawa rotan lagi.”

murid

“Ingat masa dulu sekolah.”

komen

“Sporting cikgu dekat sana…”

tik tok

Murid main kahwin-kahwin dalam kelas, reaksi guru pula bikin berdekah!

......