POLITIKMuhyiddin kata sudah ada tanda positif rakyat memilih PN

Muhyiddin kata sudah ada tanda positif rakyat memilih PN

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin sudah terdapatpetanda-petanda positif menunjukkan gabungan parti itu semakin diterima oleh rakyat Malaysia.

Beliau berkata, ia mengambil contoh dalam dua Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung sebelum ini.

“Dalam PRN Sabah, PN mendapat sambutan amat baik daripada rakyat Sabah.

Kita memenangi jumlah kerusi terbesar dalam kalangan parti-parti yang membentuk Gabungan Rakyat Sabah.

“Dalam PRN Melaka yang baru berlangsung, walaupun PN hanya memenangi dua kerusi, kita menyaksikan peralihan sokongan ketara kepada PN terutama dalam kalangan pengundi muda.

“Saya optimis PN akan menjadi gabungan politik pilihan rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Ke-50 di sini pada Sabtu.

Muhyiddin berkata, PN menawarkan pentadbiran prihatin rakyat dan berintegriti yang diyakini selari dengan nilai dan aspirasi majoriti rakyat di negara ini.

“Kita telah membuktikan bahawa PN mampu mentadbir negara dengan baik, mengamalkan dasar prihatin rakyat serta mempertahankan prinsip integriti dan kedaulatan undang-undang sepanjang mentadbir negara sebelum ini.

https://www.sinarharian.com.my/article/176025/BERITA/Politik/Sudah-ada-petanda-positif-PN-semakin-diterima-rakyat

......