POLITIKMuhyiddin kata 'poda' dekat UMNO, Johor bukan lagi kubu kuat UMNO lagi...

Muhyiddin kata ‘poda’ dekat UMNO, Johor bukan lagi kubu kuat UMNO lagi katanya lagi

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin menyifatkan Johor bukan lagi kubu kuat Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana parti itu telah tumbang dalam pilihan raya umum (PRU) lalu termasuk hilang kuasa di Putrajaya.

Katanya, untuk itu kepada yang masih menganggap Johor masih kubu kuat Umno, perkara itu sudah tidak relevan kerana BN dan Umno sudah pun dikalahkan sebelum ini.

Muhyiddin berkata, Umno dan BN kembali bangkit disebabkan bantuan parti-parti dalam PN yang menyokong wakil parti itu diangkat sebagai menteri besar Johor selepas Pakatan Harapan (PH) tumbang di Putrajaya

“Kalau tak kerana kita bersama dia (Umno/BN) bantu naikkan dia, dia kalah, pusat Umno kalah juga, kalau kata Johor kubu kuat Umno-BN ‘poda’ (boleh berambus dalam bahasa Tamil) dia sudah kalah dulu, kalau dulu sudah kalah, PRN akan datang kita tentukan mereka kalah lebih teruk dari dulu,” katanya ketika berucap di ceramah Pentas PN DUN Tenggaroh hari ini.

Dalam ceramahnya, Muhyiddin turut mendakwa Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, tidak bersetuju pilihan raya negeri (PRN) Johor diadakan dan perkara itu dimaklumkan kepada Menteri Besar, Hasni Mohammad, namun ia terpaksa dilaksanakan disebabkan tekanan oleh Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi.

“Saya beritahu Perdana Menteri, kenapa nak bubar DUN Johor, dia pun kata tak setuju, dia beritahu Hasni jangan bubar, dia cakap dengan Tuanku Sultan Johor jangan bubar.

“Tapi kenapa bubar tuan-tuan tahu? Kuasa siapa, dekat mana yang buat nak bubar, Ahmad Zahid komedi (Hamidi) yang suruh bubar.

“Bubar sebab ada matlamat, lepas menang PRN Melaka, Johor nak menang, mungkin pergi Perak kemudian nak menang PRU,” katanya.

Muhyiddin juga tidak menolak kemungkinan jika BN kembali berkuasa di Putrajaya, cita-cita Zahid akan tercapai.

Tambah Muhyiddin lagi, beliau juga tidak berpuas hati dengan sikap Hasni yang bertindak membubarkan DUN Johor tanpa berbincang dengan rakan komponen PN yang turut mengangkat beliau sebagai Menteri Besar.

“Kami PN sokong (Husni sebagai Menteri Besar) tapi bila nak bubar ‘feel’ MB ini ,dia langsung tak beritahu (PN), pasal kami ada berapa belas kerusi, 13 kerusi DUN, mereka Umno-BN 16 atau 15 kerusi tak banyak beza.

“Kalau Umno sahaja nak bentuk kerajaan negeri tak boleh, sebab mereka sudah kalah PRU14,”katanya.

Muhyiddin turut mengulangi kenyataan bahawa beliau sedikit pun tidak ralat apabila tidak lagi bersama Umno, kerana menyifatkan parti itu telah rosak dan Zahid sebagai presiden tidak boleh dipercayai.

‘Poda’ kalau masih anggap Johor kubu kuat Umno, kata Muhyiddin

......