Utama DUNIA Misil Hellfire generasi baharu yang b*n*h general Iran, adakah benar perang bakal...

Misil Hellfire generasi baharu yang b*n*h general Iran, adakah benar perang bakal terjadi antara Amerika dan Iran?

469
0

Mungkinkah bakal terjadi perang besar Antara Amerika dan Iran susulan pembunuhan General Iran paling berpengaruh itu?

Persoalannya, jadi ke perang tu nanti? Kita sedia tahu Amerika ni fikir dua tiga kali juga kalau nak perang dengan Iran, sama juga Iran, dalam sembang kata ada senjata nuklear, acah-acah berani sahaja untuk gertak Amerika.

Mudah sahaja anda nak faham, sebab utama, Iran macamana sekalipun, mereka sama sahaja macam Amerika yang memusuhi dunia Islam yang sebenar, Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kita jangan salah faham, Iran ni hanyalah proksi kafir juga, mereka berfahaman Syiah yang sangat memusuhi Arab Saudi.

Kita baca kronologi dan memungkinkan perang itu terjadi atau tidak.
MUQADDIMAH WW3?
Susulan daripada pembunuhan Jeneral Qassim Sulaimani, beberapa teori cuba dikemukakan sebab yang konkrit beliau dibunuh.
Apa yang dihidangkan oleh Trump dan para pendukungnya, ia adalah isyarat supaya Iran berhenti melakukan keganasan. Walhal tindakan Amerika sendiri melanggar Undang undang Antarabangsa.
(2)     Banyak penganalisis mengutarakan kemungkinan besar akan berlaku konflik yang lebih parah dan mengheret kuasa-kuasa yang lain.
Iaitu ke arah menentang Amerika dan sekutunya. Masih lagi menjadi tanda tanya, apakah ini merupakan muqaddimah kepada World War 3 (WW3)?
(3)     Antara yang pernah dijangkakan oleh Albert Einstein;
Saya tidak tahu dengan apa senjata Perang Dunia III akan berperang, tetapi Perang Dunia IV akan bertempur dengan tongkat dan batu.
Sebagai gambaran bahawa WW3 adalah kemuncak persaingan teknologi persenjataan. Kemudian selepas daripada itu, kuas-kuasa besar bakal mengalami kerugian.
(4)     Beberapa tahun kebelakangan ini Amerika mengalami over stretch akibat peperangan yang panjang. Bahasa mudahnya ‘letih’ berperang, duit dah habis.
Seolah-olah hampir sama situasinya dengan British satu ketika dahulu, sehinggakan di akhirnya British terpaksa memberi kemerdekaan kepada negara-negara di bawah jajahannya.
Senjata apa pula Amerika gunakan sampai terbunuh macam tu sahaja General Jeneral Qassim Sulaimani itu?
Kita baca hujah tentang senjata baharu ini, hebat juga rupanya.

Pembunuh Soleimani

Ya Akhirnya memang tepat jangkaan MMP
Misil Hellfire konfigurasi baru telah digunakan dalam misi membunuh General Soleimani.
Misil ini mula diperkenalkan kepada Umum pada Mei 2019 adalah hasil usahasama Pentagon, CIA dan Lockheed Martin.
Misil ini telah direkabentuk sejak 2011 dan telah pertama kali dipercayai digunakan pada tahun 2017.
Kenapa US cipta Misil Tanpa Peledak ini?
Harus diingatkan bahawa semasa awal era pengunaan Drone MQ1 Predator. UCAV tersebut dilengkapi dengan variasi Normal AGM114 Hellfire yang mempunyai kepala peledak HEAT dengan julat membunuh pada kadar 15 kaki dan julat kecederaan pada kadar 65 kaki.
Akibat pengunaan Versi Asal AGM 114 ini, CIA dan Pentagon dituduh melanggar Hak Asasi Manusia kerana impak letupan senjata ini membunuh orang awam yang tidak berdosa.

Sepanjang pengunaan drone di Afghanistan seramai 200 orang awam terbunuh akibat pengunaan AGM114 versi asal. Dimana selama ini kematian awam ini di kategorikan sebagai Colleteral Damage.

Misil Hellfire AGM 114X9 tidak mempunyai bahan peledak yang kebiasaan ada dalam setiap misil AGM buatan US sebaliknya ia dilengkapi dengan 6 bilah blade yang dipasangkan dalam misil tersebut.
Misil AGM114X9 ini divariasi dan diciptakan khas untuk CIA untuk menyasarkan sasaran VIP di kawasan berkepadatan awam yang tinggi. Rekabentuk misil ini juga direka untuk memusnahkan sasaran berkenderaan yang bergerak dan struktur bangunan yang kecil.
Dikenali sebagai Flying Ginshu di kalangan penganalisis barat yang merujuk kepada pisau pemotong terkemuka dunia hanya kerana bilah Blade nya.
Dengan mengunakan konsep kinetic force, Misil tersebut akan menghentam sasaran secara terus dan hanya memberikan kemusnahan pada subjek itu sahaja. Dan disebabkan itulah, setiap foto dan video yang dipaparkan di kawasan kejadian hanya memaparkan kemusnahan kenderaan konvoi general tersebut sehingga kan kita dapat lihat struktur jalan raya kawasan terbabit tidak rosak secara total dan tidak memusnahkan kawasan sekitar yang dipenuhi dengan orang awam.
Untuk maklumam juga, Pesawat Awam yang membawa general soleimani yang berlepas dari Damsyik ke Baghdad telah dipantau oleh radar Tentera US dan sekutunya.
Ini bermakna perisikan Barat telah berjaya memecah masuk jaringan perisikan Iran dan Syria.
Serangan yang dilancarkan ke atas kedudukan Konvoi tersebut mengunakan 2 buah Misil AGM114X9 dah dioperasikan UCAV MQ9 Reaper sambil dikawal selia oleh AH64E yang berada berhampiran kawasan kejadian.
US JSOC juga mengesahkan kehadiran pasukan Khas US yang memantau selia serangan tersebut bagi memastikan tiada siapa pun terlepas dari serangan tersebut.
Sekarang sememangnya terbukti UCAV adalah keperluan kepada semua negara yang moden Tentera nya.
Malaysia TIDAK Perlukan UCAV

Yelah

Tak Akan Kita dah lupa kan
Kenyataan EX PAT kita masa LIMA 2019 yang gilang gemilang tu cakap TUDM tiada keperluan untuk memperolehi UCAV.
Yelah kita patut terus mengejek Mendonia sebab berjaya ada satu UCAV Drone mereka sendiri (Bukan Buatan Diorang 100% pun)
Sebab Apa?
Tiada Keperluan
MMP
Dah jangan yang nak tanya Malaysia tidak guna Misil AGM114 ini ke
Ya
Kita akan perolehi Misil ini tapi dalam konfigurasi VellFire lengkap dengan kusyen empuk aircond sejuk dan bahan api nya ada lah RON97

Pembuat Misil berkenaan berasal dari Jepun iaitu Toyota

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini