Foto - Malay Mail

Penulis agak terkejut juga bila tersebar pula kenyataan Aziz Bari yang mengatakan Anwar Ibrahim sudah cukup bersedia ambil alih kerajaan pimpinan Mahathir.

Katanya sudah cukup nombor Ahli Parlimen untuk Anwar ganti Tun M sebagai PM. Tidak pasti itu hanya propaganda atau sembang kencang sahaja.

Sebab, puak-puak ni bukan berani pun nak langgar Tun M, masih takut-takut, baling batu sembunyi tangan.

Nak langgar, langgar lah betul-betul, ini sembang sahaja.

Kita baca tulisan Dr Kamarul Yusoff ini

DESAKAN DR AZIZ BARI: AGENDA DAP GULINGKAN TUN DR MAHATHIR?

Menarik sekali kenyataan eksklusif berbahasa Inggeris Dr Aziz Bari, Naib Pengerusi DAP Perak merangkap ADUN N26 Tebing Tinggi dan Ahli EXCO Kerajaan Negeri Perak, kepada portal berita Malaysia Kini hari ini.

Kata Dr Aziz Bari:
(1) Sebagai raja berperlembagaan, Yang Di-Pertuan Agong mempunyai tanggungjawab untuk memastikan sentiasa ada kerajaan untuk menasihati Baginda.

(2) Isu-isu demokrasi tidak boleh dibiarkan kepada perjanjian antara ahli-ahli politik dan golongan minoriti tidak boleh dibenar untuk meletakkan syarat.

0(3) Pelbagai kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad menunjukkan beliau tidak akan membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menggantikan tempat beliau.

Kata Dr Aziz Bari lagi, Yang di-Pertuan Agong mempunyai tanggungjawab untuk menentukan siapa antara Datuk Seri Anwar dan Tun Dr Mahathir yang mempunyai sokongan majoriti di Parlimen, dengan memanggil sidang khas Parlimen atau meminta kedua-dua pihak memberikan nama penyokong mereka, kerana ia didakwa penting untuk kestabilan negara.

Tambah Dr Aziz Bari, jika Yang di-Pertuan Agong mendapati Datuk Seri Anwar mempunyai bilangan yang cukup maka Tun Dr Mahathir mempunyai tanggungjawab untuk meletak jawatan bersama-sama seluruh kabinet beliau, dan Datuk Seri Anwar perlu dilantik sebagai Perdana Menteri yang baru dan urusan pembentukan kabinet baru terserah kepada beliau.

Seterusnya, Dr Aziz Bari mendakwa Datuk Seri Anwar kini mempunyai sokongan lebih besar dari Ahli-Ahli Parlimen berbanding sokongan kepada Tun Dr Mahathir di mana:

(1) Bilangan Ahli-Ahli Parlimen Semenanjung yang dipunyai oleh Datuk Seri Anwar kini adalah melebihi 100, merangkumi majoriti Ahli-Ahli Parlimen dari PKR, DAP dan AMANAH serta sebilangan Ahli-Ahli Parlimen dari UMNO menjadikan beliau hanya memerlukan 12 Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak sahaja.

(2) Bilangan Ahli-Ahli Parlimen yang dipunyai oleh Tun Dr Mahathir belum mencapai 100 kerana sehingga kini hanya Ahli-Ahli Parlimen dari BERSATU dan PAS sahaja yang telah menyatakan sokongan kepada beliau manakala gerakan yang dibuat oleh Datuk Seri Azmin Ali dan Datuk Seri Hishamuddin Hussein tidak mencapai matlamat.

Komen saya ialah: Agak pelik membaca kenyataan eksklusif Dr Aziz Bari ini kerana:

(1) Sekarang ini bukan tidak ada tetapi memang sudah ada kerajaan yang sah untuk menasihati Yang Di-Pertuan Agong, jadi tentulah tidak berbangkit lagi soal tanggungjawab Yang Di-Pertuan Agong untuk memastikan sentiasa ada kerajaan untuk menasihati Baginda.

(2) Dr Aziz Bari mahukan muafakat antara pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan yang memberi kuasa kepada golongan minoriti dalam isu jawatan Perdana Menteri dilanggari atas dakwaan ia bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

(3) Desakan kepada Yang Di-Pertuan Agong untuk menentukan siapa antara Datuk Seri Anwar dan Tun Dr Mahathir yang mempunyai sokongan majoriti di Parlimen ini dibuat tatkala kedua-dua mereka menyebut mereka menghormati pelan peralihan kuasa.

Tiga pertanyaan lain yang perlu difikirkan:
(1) Apakah ada perkara penting yang berlaku hari ini yang menyebabkan Dr Aziz Bari tiba-tiba sahaja membuat desakan kepada Yang Di-Pertuan Agong hari ini? Apakah ia ada kaitan dengan insiden Muhammed Yusoff Rawther hadir memberi keterangan di Bukit Aman tengahari ini bersama-sama peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla?

(2) Bagaimanakah Dr Aziz Bari boleh tahu dengan yakin bahawa bilangan Ahli-Ahli Parlimen Semenanjung yang dipunyai oleh Datuk Seri Anwar kini adalah melebihi 100 manakala bilangan Ahli-Ahli Parlimen yang dipunyai oleh Tun Dr Mahathir belum mencapai 100? Apakah Dr Aziz Bari adalah tukang kira rasmi perkara ini bagi pihak tertentu?

(3) Apakah desakan Dr Aziz Bari ini ada kaitan dengan pendedahan beliau mengenai kenyataan Datuk Seri Anwar kepada beliau sebelum ini bahawa pertukaran jawatan Menteri Besar Perak kepada beliau hanya akan dilakukan setelah pertukaran jawatan Perdana Menteri berlaku atau apakah ia ada kaitan dengan agenda besar DAP?

@Kamarul Yusoff

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2873864509324255&id=100001022016761