NASIONALMenteri lain berani tak? Reezal sumbang sebulan gaji menteri pada tabung bencana

Menteri lain berani tak? Reezal sumbang sebulan gaji menteri pada tabung bencana

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Reezal Merican Naina Merican bersama timbalannya, Ismail Abdul Mutalib menyumbang sebulan kepada tabung banjir kementerian itu.

Tabung bencana keluarga KPKT itu bagi membantu mangsa banjir dalam kalangan warga kementerian berkenaan yang terjejas akibat banjir besar baru-baru ini.

“Tabung yang dibuat ini permulaannya ialah saya dan timbalan menteri saya sumbangkan sebulan gaji kami.

“Pada bulan satu (Januari) dipotong sepenuhnya untuk dimasukkan dalam tabung ini,” katanya ketika berucap pada pelancaran tabung itu di kementeriannya, hari ini.

Pada satu kenyataan, KPKT memaklumkan keseluruhan warga KPKT seramai 595 orang terjejas akibat bencana alam itu.

Katanya, paling ramai terjejas membabitkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelemat Malaysia (JBPM) seramai 313 orang di seluruh negara.

Sehingga kini KPKT memperuntukkan sebanyak RM67.5 juta bagi tujuan kerja-kerja pasca banjir yang merangkumi RM50 juta untuk pihak berkuasa tempatan (PBT).

https://www.malaysiakini.com/news/605231

......