POLITIKMenipu itu biasa! Peliknya matematik Muhyiddin

Menipu itu biasa! Peliknya matematik Muhyiddin

Peliknya matematik Muhyiddin. Baru tadi Muhyiddin kata kononnya dia masih ada majoriti, namun apa yang dia kata ini tidak masuk akal.

Dia kata lapan orang ahli Parlimen UMNO telah menarik balik sokongan daripadanya.

Sebelum ini dia ada 114 ahli Parlimen yang menyokongnya, tolak 8 orang sudah tinggal 106.

Oleh itu, Muhyiddin kurang 5 orang ahli Parlimen di bawah majoriti 111.

Mana dia dapat lagi 5 orang untuk capai majoriti semula itu tidak pula disebut.

Dia perlu jelaskan segera siapakah ahli-ahli Parlimen tambahan yang menyokongnya ini dan tidak boleh sembang sahaja.

Parti-parti lain termasuk Pejuang dan Warisan telah membuat kenyataan menolak Muhyiddin.

Jika mereka dan PKR dan DAP sokong Muhyiddin sekalipun, maka mereka akan jadi PH 2.0 semula, dan kita akan terus lawan mereka yang gila kuasa dan menyebabkan ketidakstabilan politik ini.

Dan Muhyiddin kata kononnya yang desak dia letak jawatan ini adalah Kluster Mahkamah UMNO.

Ini alasan dia untuk tutup kegagalan kerajaannya dan untuk mengaburkan hakikat bahawa dia sebenarnya sudah tidak ada majoriti dan tidak ada keabsahan.

Sebelum ini ada beberapa ahli Parlimen yang ada kes tapi tidak didakwa kerana mereka sokong Muhyiddin atau lompat parti masuk PN.

Oleh itu, jika ikut trend ini, sebenarnya kalau Kluster Mahkamah UMNO ingin tutup kes mereka, mereka boleh saja sokong kuat-kuat Muhyiddin oleh itu boleh lepas macam ahli Parlimen lain yang ada kes namun mahu elak pergi mahkamah.

Namun mereka (Kluster Mahkamah UMNO) tidak buat demikian tetapi mereka mahu lawan di mahkamah untuk membersihkan nama mereka atas pendakwaan-pendakwaan bermotifkan politik tersebut.

Saya lihat Muhyiddin tidak mahu letak jawatan sebab jika kerajaan dia jatuh, dia (Muhyiddin), Azmin, Zuraida, Xavier dan lain-lain dalam kerajaannya sekarang yang sebenarnya pula besar kemungkinan akan jadi Kluster Mahkamah.

Kerana mereka perlu jawab berkenaan kes-kes direct nego berbillion ringgit semasa darurat, kes salahlaku seksual luar tabii, kes rasuah dan sebagainya oleh menteri-menteri dan penyokong-penyokong mereka semasa mereka berkuasa.

Dalam sebulan ini sehingga September apabila Parlimen dibuka dan usul undi percaya dibuat, Muhyiddin dan konco-konconya akan terus main tarik tali dan memancing ahli-ahli Parlimen untuk menyokongnya.

Dan di kala rakyat sedang menghadapi wabak COVID-19 yang semakin teruk, pemimpin-pemimpin kerajaan dan ahli-ahli Parlimen mereka akan sibuk bincang projek-projek besar dan timbalbalas sokongan politik.

Allah selamatkanlah Malaysia.

Peliknya matematik Muhyiddin

......