NASIONALMengerunkan! 15 saat jangkitan Covid-19 berlaku melalui udara

Mengerunkan! 15 saat jangkitan Covid-19 berlaku melalui udara

PUTRAJAYA – Hanya 15 saat, jangkitan Covid-19 boleh berlaku mengikut udara dengan varian baharu yang dilaporkan pada masa ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sifat virus tersebut berubah-ubah dan jika sebelum ini, kes kontak rapat terdedah kepada kes positif kira-kira 15 minit atau jarak kurang satu meter.

“Dimaklumkan dengan varian baharu ini jangkitan boleh berlaku 15 saat sahaja mengikut udara, jadi ini akan meningkatkan kebolehjangkitan dalam komuniti.

“Justeru teruskan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk memakai pelitup muka dan hidung, elakkan kawasan yang sesak dan sempit serta sentiasa membasuh tangan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Noor Hisham berkata, selain melaksanakan langkah pencegahan, orang ramai juga disaran mengambil vaksin Covid-19 dalam membendung penularan jangkitan di dalam komuniti.

“Seluruh dunia turut terkesan dengan varian Delta (India) termasuk di negara jiran dan United Kingdom. Ia semakin menular dan sekarang ini, varian tersebut menjadi dominan,” katanya. -K! ONLINE

15 saat jangkitan Covid-19 berlaku melalui udara

......