Mungkin benarlah kata pujangga, seboleh-boleh ingin buktikan bahawanya Komu*** itu juga sebagai pejuang kemerdekaan Malaysia.

Seboleh-boleh nak menunjukkan mereka juga adalah pejuang yang sepatutnya diraikan sebaik mungkin.

Bila mereka sudah berani menonjolkan rupa, sudah berani untuk mengawal segalanya, bagaimana pula PDRM dan ATM yang sejarahnya memang kita sudah tahu musuh negara ketika zaman darurat adalah Komu***s?

Pelik juga bila pihak berkuasa semacam tidak tegas, veteran-veteran ATM yang dahulunya berjuang mempertahankan negara ini dari peng***nas kom***s terpaksa relakan bila bekas-bekas pejua** kom*** itu sudah berani mengakui mereka adalah bekas peju*** kom***s.

Makin gila Malaysia Baharu ini. Rakyat geram dan tahan sabar sahaja.

Himpunan bekas anggota PKM sebar semula ideologi kom***s

KUALA LUMPUR – Perhimpunan memperingati Perjanjian Damai Hat Yai oleh sekumpulan 300 bekas anggota Parti Komunis Malaya (PKM) pada Sabtu lalu dipercayai bertujuan menyebar kembali fahaman komunisme yang telah diharamkan kerajaan Malaysia.

Tindakan kumpulan itu yang turut dihadiri beberapa wakil rakyat dari DAP disifatkan sebagai sengaja mahu memprovokasi dan mencetuskan kemarahan orang Melayu yang membenci komunis.

erentak itu, Ketua Penaja Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) Bahagian Pasir Mas, Ir. Suharto Mat Nasir membuat laporan meminta polis menyiasat penganjur perhimpunan itu, yang dikatakan berhimpun secara haram tanpa memohon permit dari pihak berkuasa.

Laporan dibuat di Balai Polis USJ8, Subang Jaya  semalam  menyifatkan pihak penganjur sengaja mahu memperlekehkan pengorbanan anggota keselamatan dan keluarga mangsa yang terkorban akibat kekejaman komunis.

Menurutnya, bekas anggota PKM, Tan Yi Yu yang dilaporkan berkata, “perang PKM ialah perang yang anti penjajah dan anti imperialisme, yang berjuang untuk kemerdekaan negara dan demokrasi, kebebasan dan kedamaian” adalah tidak logik sama sekali.

“Mana ada logik kenyataan tersebut. Sekiranya PKM berjuang untuk kemerdekaan, PKM sepatutnya meletak senjata dan dibubarkan sebaik sahaja Malaysia merdeka pada tahun 1957.

“Bukan meletak senjata pada tahun 1989 iaitu 32 tahun selepas merdeka,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mahu polis menyiasat secara menyeluruh pihak penganjur dan bekas anggota PKM yang hadir. – MalaysiaGazette