DUNIAMENAKUTKAN! Separuh populasi Myanmar bakal dijangkiti Covid-19

MENAKUTKAN! Separuh populasi Myanmar bakal dijangkiti Covid-19

GENEVA: Britain memberi amaran kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSCR) mengenai separuh daripada populasi Myanmar boleh dijangkiti Covid-19 dalam tempoh dua minggu akan datang.

United Kingdom (UK) menegaskan dalam mesyuarat UNSCR, situasi Covid-19 di Myanmar semakin parah sejak pergolakan politik tercetus di negara itu pada Februari lalu.

Sehubungan itu, Britain menggesa UNSCR menekankan resolusi 2565 yang menuntut gencatan senjata di zon konlfik bagi membolehkan penghantaran vaksin dengan selamat kepada penduduk.

Duta Britain ke UNSCR, Barbara Woodward berkata, adalah penting untuk pendekatan itu dilaksanakan segera.

PBB menganggarkan hanya 40 peratus kemudahan kesihatan di Myanmar masih berfungsi.

Selain itu, PBB juga menganggarkan junta tentera melakukan sekurang-kurangnya 260 serangan terhadap petugas perubatan dan kemudahan, termasuk menahan 67 doktor. – AFP

......