GUJARAT, INDIA – Penduduk di sebuah perkampungan di sini gempar apabila seekor anak kambing dilahirkan dengan wajah seperti manusia, lapor laman berita Times Now News kelmarin.

Anak kambing tersebut dilahirkan di rumah seorang petani dan mempunyai empat kaki selain telinganya yang sama seperti kambing biasa.

Bagaimanapun, kesemua anggota badannya yang lain kelihatan seperti manusia terutamanya wajahnya yang mempunyai dahi, mata, mulut dan sebahagian daripada janggut.

Anak kambing tanpa ekor itu dipuja seperti dewa oleh penduduk kampung kerana mempercayai ia adalah kelahiran semula nenek moyang mereka.

Terdahulu, sebuah video tular di media sosial yang memaparkan rakaman anak kambing tersebut yang sedang baring di atas sehelai kain.

Ia bagaimanapun hanya mampu hidup selama 10 minit sebelum mati dan ditanam oleh penduduk kampung. – Agensi