DUNIAMayat bakal ditukar jadi baja kompos

Mayat bakal ditukar jadi baja kompos

DENVER – Badan perundangan di negeri Colorado di Amerika Syarikat (AS) sedang mempertimbangkan cadangan untuk menjadikan mayat manusia sebagai baja kompos.

Lebih menarik, sebuah rumah pengebumian di Denver bersedia menawarkan perkhidmatan itu sekiranya ia direalisasikan.

Melalui teknik dikenali sebagai pengurangan organik semula jadi, mayat manusia hanya mengambil masa selama empat minggu untuk terurai dan seterusnya dijadikan baja untuk tanaman.

Senat Colorado pada Selasa mempertimbangkan Rang Undang-Undang (RUU) bagi membenarkan teknik berkenaan.

“Teknik ini jauh lebih baik berbanding pengebumian secara tradisional. Semua orang tahu, membakar mayat menyebabkan pelepasan karbon dioksida yang banyak.

“Lagi pun, waris boleh bercucuk tanam menggunakan baja kompos si mati,” kata Pengarah Rumah Mayat Feldman, Jaimie Sarche.

Tahun lalu, Colodaro hampir meluluskan cadangan asal yang dikemukakan wakil rakyat, Brianna Titone, namun terpaksa ditunda akibat penularan Covid-19.

Menurut Titone, cadangan itu dapat mengurangkan masalah kekurangan keranda dan tapak perkuburan.

Bagaimanapun, cadangan itu mendapat tentangan keras daripada Gereja Katolik Denver yang bercadang mengemukakan bantahan sekiranya ia diluluskan pada tahun ini. – Agensi

https://www.sinarharian.com.my/article/124400/GLOBAL/Mayat-bakal-ditukar-jadi-baja-kompos

......