POLITIKMASIH KUKUH? Kerajaan masih ada sokongan 110 Ahli Parlimen

MASIH KUKUH? Kerajaan masih ada sokongan 110 Ahli Parlimen

PUTRAJAYA –  Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih mendapat sokongan melebihi 110 Ahli-Ahli Parlimen pada hari ini.

Penegasan itu dibuat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau yang juga Ketua Whip Kerajaan berkata, situasi politik negara hari ini dalam keadaan tidak stabil yang boleh menjejaskan usaha menyelesaikan masalah ekonomi dan memerangi pandemik Covid-19.

“Saya menjunjung akan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang dikeluarkan oleh Istana Negara hari ini.

“Saya menegaskan bahawa kerajaan masih mendapat sokongan melebihi 110 Ahli-Ahli Parlimen yang bersama-sama kerajaan hari ini,” katanya.

Justeru, beliau berharap rakyat bertenang dalam menghadapi situasi terkini dan bersama-sama berdoa agar kemelut politik ini berakhir dengan segera.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan dibuat di Parlimen berhubung pembatalan semua Ordinan Darurat. – K! ONLINE

Kerajaan masih ada sokongan 110 Ahli Parlimen

......