NASIONALMASAK!! Individu belum lengkap vaksin rentas negeri akan dikompaun, kata polis

MASAK!! Individu belum lengkap vaksin rentas negeri akan dikompaun, kata polis

Individu yang belum lengkap vaksin akan dikompuan jika dikesan melakukan rentas negeri, kata Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Hazani Ghazali.

Ia susulan pengumuman kerajaan membenarkan aktiviti rentas negeri bermula hari ini dan polis akan melakukan pemeriksaan di lokasi tumpuan orang ramai seperti kawasan rehat dan rawat (R&R).

Katanya, polis juga akan menjalankan pemantauan dan pemeriksaan supaya orang ramai mematuhi SOP ditetapkan, selain memastikan tiada individu belum menerima vaksin Covid-19 mengambil kesempatan merentas negeri.

Katanya, polis tidak lagi mengeluarkan amaran malah lebih bertegas termasuk meningkatkan pemantauan dan pemeriksaan pematuhan SOP.

“Polis juga akan membuat pemeriksaan mengejut untuk memastikan individu tidak divaksin tidak mengambil kesempatan pulang ke kampung,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Beliau berkata, dalam hal ini polis perlu bertegas dan tidak lagi memberi amaran untuk kompaun.

Semalam, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memberitahu, biarpun kerajaan memberi kebenaran untuk rentas negeri, ia tidak bermakna pihak berkuasa akan bersikap lepas tangan.

Pemeriksaan SOP tetap dilaksanakan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Seperti sedia maklum, tiada lagi sekatan jalan raya diadakan untuk mengawal pergerakan rentas negeri, tetapi sekatan jalan raya dan operasi lain seperti Op Benteng tetap dilaksanakan untuk menangani aktiviti jenayah dan pelanggaran SOP.

Individu belum lengkap vaksin rentas negeri akan dikompaun, kata polis

......