DUNIAManusia dalam bah@ya! Tiga juta meninggal dunia akibat Covid-19

Manusia dalam bah@ya! Tiga juta meninggal dunia akibat Covid-19

Jumlah kematian akibat pandemik Covid-19 di seluruh dunia sudah melepasi tiga juta orang, menurut Johns Hopkins University.

Angka terbaharu itu selari dengan kenyataan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang memberi amaran bahawa dunia “menghampiri kadar jangkitan tertinggi” setakat ini.

India – mengalami gelombang kedua – mencatatkan lebih daripada 230,000 kes baharu pada hari Sabtu sahaja.

Hampir 140 juta kes telah direkodkan sejak wabak itu bermula.

Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus yang memberi amaran pada hari Jumaat lalu berkata, kes jangkita dan kematian terus meningkat dengan kadar yang membimbangkan.

Menurut beliau, secara global, jumlah kes baharu setiap minggu hampir dua kali ganda dalam dua bulan terakhir.

Amerika Syarikat, India dan Brazil – negara dengan jangkitan paling banyak dicatatkan telah menyumbang lebih dari satu juta kematian dalam antara negara itu, menurut Universiti Johns Hopkins.

Minggu lalu menyaksikan purata 12,000 kematian sehari dilaporkan di seluruh dunia.

Walau bagaimanapun, angka rasmi di seluruh dunia mungkin tidak menggambarkan jumlah sebenar di kebanyakan negara. – MalaysiaGazette

......