DUNIAManusia akan ditawan oleh penyakit bawaan haiwan lain selepas ini menurut pakar

Manusia akan ditawan oleh penyakit bawaan haiwan lain selepas ini menurut pakar

NAIROBI: Kumpulan saintis sebelum ini mendakwa koronavirus berasal dari haiwan sebelum ‘dipindahkan’ kepada manusia dan kini, pakar memberi amaran bahawa masalah tersebut bakal menjadi pandemik baharu pada masa akan datang.

Menurut Predict iaitu sebuah kerjasama yang dibiayai oleh Amerika Syarikat (AS) dengan pakar penyakit berjangkit global, sebanyak 75 peratus penyakit baharu yang menyerang manusia ketika ini berasal dari haiwan.

Predict sudah pun mengenal pasti sebanyak 1,200 zoonotik baharu atau penyakit yang disebabkan oleh haiwan, malahan para saintis menganggarkan kira-kira 700,000 penyakit zoonotik masih belum dikenal pasti.

Para saintis percaya bahawa unta merupakan antara haiwan yang dikhuatiri boleh menyebabkan jangkitan penyakit zoonotik menjadi semakin teruk.

Unta banyak dipelihara di sekitar Afrika, Asia dan Asia Barat bagi mendapatkan daging, susu dan juga sebagai lambang kekayaan.

Millicent Minayo dari Universiti Washington yang menghabiskan masa selama dua tahun untuk mengambil sampel dari unta di Marsabit, Kenya memberitahu haiwan itu boleh bertindak liar dengan menendang, meludah, malah kencing pada manusia sekiranya berasa terancam.

Penyakit zoonotik bakal ‘tawan dunia’

......