Siapa yang setia mengikuti drama bersiri 7 Hari Mencintaiku 2 pasti kenal dengan watak Nurul Ain. Di dalam drama tersebut, watak Nurul Ain sangat disukai oleh Mak Leha lakonan Liza Abdullah sehingga mencetuskan konflik dalam hubungan rumah tangga Khuzairi (Shukri Yahaya) dan Mia Adriana (Siti Saleha).

Mungkin ada tertanya-tanya, siapa ‘Nurul Ain’ sebenar yang ‘dibenci’ oleh penonton drama ini. Rupanya, ‘Nurul’ pernah datang uji bakat Dewi Remaja tahun 2019 dulu. Memang cantik manis!

Nama sebenar pemegang watak Nurul Ain ialah Wafariena Binti Roslan yang berusia 25 tahun. Dia berasal dari Pulau Pinang dan dilahirkan pada tanggal 19 Julai 1995.

 

 

Fakta lebih menarik mengenai Wafariena, dia pernah melancarkan single pertama berjudul Carilah Aku pada November 2019. Drama 7 Hari Mencintaiku bukan drama lakonan pertamanya. Sebelum ini dia pernah berlakon menerusi filem Buntat dan telefilem Kisah Seram Hostel.

Gadis tinggi lampai ini mula berjinak di dalam bidang lakonan sejak berusia 8 tahun lagi dan membintangi beberapa muzik video. Bukan itu sahaja, dia juga mempunyai kebolehan bercakap dan bernyanyi dalam pelbagai bahasa termasuk Mandarin, Filipina, Bollywood dan Thailand selain Inggeris. Dia juga fasih bertutur dalam bahasa Mandarin tau!

Makin Menjadi-Jadi Perangai Nurul! Siapa ‘Nurul Ain’ Sebenarnya Sampai Buat Ramai Geram?