POLITIKMahathir geram lagi dengan Najib, kata 'Malaysia benar-benar jadi korup jika Najib...

Mahathir geram lagi dengan Najib, kata ‘Malaysia benar-benar jadi korup jika Najib kembali pimpin negara’

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa apabila Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak atau rakan-rakannya memimpin kembali kerajaan pada masa depan, mereka akan terus merosakkan semua orang dengan korupsi termasuk jentera pentadbiran.

Beliau berkata, Malaysia akan benar-benar jadi korup sehingga tiada sesiapa yang akan datang ke negara ini untuk melabur atau melawat.

“Dilucutkan pelaburan, tiada pekerjaan akan diwujudkan untuk menampung beribu-ribu graduan yang dihasilkan setiap tahun dan orang lain yang tidak berkelayakan akan kekal menganggur.

“Perniagaan sama ada besar dan kecil akan gagal. Negara akan mengalami kemurungan. Ia akan menjadi sebuah negara yang gagal,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, itu adalah harga yang perlu dibayar apabila masyarakat bertolak ansur dengan rasuah dalam negara ini.

Menurutnya, keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru ini menunjukkan perubahan ‘mindset’ (pemikiran) pengundi-pengundi negeri tersebut terhadap parti Barisan Nasional (BN) yang memenangi majoriti dua pertiga kerusi.

“Inilah parti yang ditolak oleh pengundi pada 2018 iaitu tiga tahun lalu kerana pemimpinnya benar-benar rasuah dan telah mencuri berbilion ringgit wang kerajaan.

“Pemimpin yang disabitkan kesalahan yang sama mengetuai kempen dalam PRN Melaka.

https://www.sinarharian.com.my/article/176364/BERITA/Nasional/Malaysia-benar-benar-jadi-korup-jika-Najib-kembali-pimpin-negara?fbclid=IwAR1JnRZ0Y4MP8SGwAPq5KEwGo8iaQPqOpSya-65kS2XJn3MVStraqqPM_c8

......