Foto - Malay Mail

Najib Razak perli Lim Guan Eng Lagi, kali ini niat untuk menjentik isu rasis dan agama, sengaja atau tidak, itu yang diungkapkan, pandai dia buat konar baring, pandai dia buat drama kata-kata, dalam diam dia sengaja menjentik isu-isu sensitif.

Menteri KDN tak pantau ke?

Bacaan dibawah ini

Guan Eng, dia ‘gini ‘gini.

Pada permulaan ucapan, dia mengaku Rakyat sudah benci DAP dan PH.

Namun, dia seru DAP untuk menentang kebencian dan ancaman dengan belas kasihan.

Sampai ke akhir ucapan,, dia menghasut kaum bukan Melayu dengan menanam kebencian pula.

Dia tuduh PAS dan UMNO mahu “memboikot produk dan perniagaan bukan Islam, menghalang bukan Islam daripada menjadi menteri kabinet; merampas hak kaum India dan Cina untuk mengundi, menunjukkan penghinaan terhadap amalan agama bukan Islam dan menyebarkan penipuan terhadap bukan Islam yang diwajarkan atas alasan agama mereka,”

Mula-,mula kata mahu melawan kebencian dengan kasih sayang.

Akhirnya dia juga yang memfitnah, menghasut dan menanam kebencian.

Terang lagi bersuluh.

Guan Eng melakukan hasutan dan bermain politik kebencian yang berunsur rasis dan agama.

Saya teringat amaran-amaran yang dikeluarkan oleh kerajaan PH tahun ini.

Kononnya…

“Tiada kompromi, tindakan tegas sebar isu perkauman, agama – Menteri KDN”

“Menteri KDNarah IGP jangan kompromi lagi tangani isu kaum, agama”

“Tiada lagi amaran, individu/pihak bangkit isu rasis, bangsa & agama akan terus ditangkap – Ketua Polis Negara “.

Yang pasti, Guan Eng akan terlepas sebarang tindakan walaupun berpuluh laporan polis dibuat terhadap dia.

@NajibRazak