NASIONALLetih! Sekatan penuh mungkin dilanjut, kriteria peralihan ke Fasa 2 belum dicapai

Letih! Sekatan penuh mungkin dilanjut, kriteria peralihan ke Fasa 2 belum dicapai

Sekatan penuh Covid-19 Fasa 1 dijadual tamat pada hari Isnin namun kriteria sasaran untuk beralih ke fasa berikutnya masih belum dipenuhi.

Menurut pelan pemulihan negara, peralihan dari Fasa 1 hanya akan dilakukan sekiranya tiga sasaran utama tercapai.

Ini bermakna, Fasa 1 kemungkinan akan dilanjutkan lagi.

Kriteria utama untuk memasuki Fasa 2 adalah kes harian Covid-19 di bawah 4,000; Kapasiti katil unit rawatan rapi (ICU) berada pada tahap “sederhana”; dan 10 peratus penduduk sudah diberi vaksin sepenuhnya.

Namun, purata tujuh hari untuk kes Covid-19 setakat hari ini adalah 5,351, sementara jumlah pesakit di ICU hari ini (866) hampir sama tinggi ketika sekatan penuh mula berkuat kuasa pada 1 Jun (872).

 

Sementara itu, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), hanya enam peratus penduduk yang telah diberi vaksin sepenuhnya setakat malam tadi.

Menteri yang memantau Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Pick) Khairy Jamaluddin mengatakan bahawa Malaysia menjangka 10 peratus daripada penduduk diberi vaksin sepenuhnya pada pertengahan bulan Julai.

Kerajaan juga dilihat bersiap melanjutkan sekatan penuh, dengan Khairy sebelum ini mengatakan bahawa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan lebih banyak bantuan ekonomi dalam masa terdekat.

Walau bagaimanapun, Fasa 2 dilihat tidak akan jauh berbeza bagi kebanyakan orang kerana sektor sosial – termasuk aktiviti seperti makan di restoran masih dilarang.

Fasa 2 akan memperlihatkan sedikit pengurangan sekatan aktiviti perniagaan. Perniagaan yang dibenarkan beroperasi boleh melakukannya dengan 80 peratus tenaga kerja mereka.

https://www.malaysiakini.com/news/580577

......