Setiap orang mempunyai cabaran tersediri untuk hidup. Ada yang diduga dengan kemewahan, ada yang mengalami kepayahan untuk mencari rezeki dan ada juga yang tidak mempunyai kudrat untuk mencari sesuap nasi.

Jual minyak angin sara kehidupan

Namun begitu, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Menerusi satu perkongsian seorang individu di Facebook yang dikenali sebagai Suid Abdul, dia telah memuat naik beberapa keping gambar seorang lelaki yang dikategorikan sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) menjual minyak angin di Pantai Murni, Yan, Kedah.

Walaupun sukar untuk berjalan, lelaki itu masih gigih mencari rezeki dengan berpanas mencari rezeki untuk menyara kehidupannya.

Datang dari Jitra ke Yan tumpang jiran

Lebih menyayat hari, lelaki itu dikatakan berasal dari Jitra, Kedah dan datang ke Pantai Murni dengan menumpang kawan untuk berniaga. Hal tersebut telah dimaklumkan oleh beberapa warganet yang meninggalkan komen di ruangan Facebook Suid.

Sumber – http://www.klpress.dnqj.my/blog/2019/08/25/lelaki-lumpuh-gigih-merangkak-jual-minyak-angin-demi-sesuap-nasi/