UMNO Negeri Terengganu menafikan pihaknya terlibat dalam akuan bersumpah bertujuan menjatuhkan Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.

Menurut Ketua Penerangannya, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku, tindakan mengaitkan UMNO negeri itu dalam konspirasi untuk menolak Ahmad Samsuri adalah provokasi politik semata-mata.

“Suka saya menyatakan dan jelaskan bahawa UMNO Terengganu tidak terlibat langsung dalam pergolakan ini jika ia merupakan satu perkara yang benar.

“Apatah lagi perkara ini hanyalah satu provokasi politik semata-mata. ADUN UMNO sama sekali tidak terlibat dalam gerakan ini sekiranya ia benar-benar sedang berlaku,” katanya dalam kenyataan itu.

Media hari ini melaporkan bahawa kedudukan Ahmad Samsuri goyah apabila terdapat pergolakan dalaman selain isu melibatkan hubungan dingin dengan istana.

 

UMNO Terengganu menafikan terlibat dalam Akuan Bersumpah untuk menjatuhkan Menteri Besar Terengganu.
UMNO Terengganu menafikan terlibat dalam Akuan Bersumpah untuk menjatuhkan Menteri Besar Terengganu.

Malah terdapat borang surat akaun berkanun (SD) sudah disediakan untuk membolehkan ADUN negeri itu menandatanganinya bagi menyatakan sokongan untuk menolak Ahmad Samsuri.

Portal MalaysiaDateline melaporkan SD itu dipercayai disediakan untuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO dan Pas.

Untuk rekod, Pas mempunyai 22 ADUN dan UMNO mempunyai 10 ADUN di Terengganu. – MalaysiaGazette