LANGKAWI – Angin kencang, hujan melanda Langkawi kira-kira pukul 7.30 petang semalam (9/8/2019) menyebabkan beberapa premis perniagaan rosak teruk akibat dipukul ribut.

Beberapa jalan juga terpaksa ditutup berikutan pokok tumbang menyebabkan laluan terhalang.

Beberapa kenderaan juga dilaporkan rosak dihempap pokok. Kerja-kerja mengalihkan pokok tumbang sedang giat dijalankan.

Seorang peniaga ketika dihubungi memberitahu, beliau tidak sempat berbuat apa-apa kecuali melaungkan azan ketika ribut hampir menerbangkan kerusi dan meja di gerainya.

Beberapa kawasan di Perlis juga dilanda ribut dan hujan lebat menyebabkan tempat-tempat tertentu dinaiki air.

Lihat video: https://youtu.be/Jy5Hos37PQ0