NASIONALJenayahLain macam!! Suspek, mangsa samun maut

Lain macam!! Suspek, mangsa samun maut

Kuala Lumpur: Suspek dan mangsa yang disamun, maut dalam kejadian di Taman Perindustrian Kepong pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.08 pagi, suspek bukan warganegara berusia 50 tahun maut di tempat kejadian manakala mangsa yang juga bukan warganegara berusia 48 tahun disahkan meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak menerima panggilan MERS999 daripada seorang lelaki warga tempatan yang melihat seorang lelaki tertiarap diatas jalan dalam keadaan berlumuran darah.

Menurutnya, siasatan di tempat kejadian menemui suspek tertiarap di atas jalan dan sabit panjang digenggam di tangan kanan.

“Siasatan lanjut mendapati, semasa kejadian suspek datang ke premis dan berbual dengan mangsa. Suspek secara tiba-tiba menyerang dan menetak mangsa menggunakan sabit panjang beberapa kali.

“Mangsa sempat mengambil kerusi plastik untuk mempertahankan diri dan senjata sabit itu turut terkena pada bahagian paha kiri suspek sendiri.

“Suspek pula terus berlari keluar dan terus rebah diatas jalan pada jarak lebih kurang 36 meter dari lokasi kejadian. Pegawai Perubatan Hospital Sungai Buloh mengesahkan suspek meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mangsa yang dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan dan meninggal dunia pada jam 12.15 tengah hari. Motif kejadian disyaki cubaan samun sehingga menyebabkan kematian,” katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/07/858077/suspek-mangsa-samun-maut?fbclid=IwAR3pC2WrVkNG_FLoZnimAjfU1VzETnhy7MEQve_fCiQjK-tQU8ziHnM84Bk

......