NASIONALJenayahLahanet!! Remaja OKU dakwa dirogol dua rakan bapa

Lahanet!! Remaja OKU dakwa dirogol dua rakan bapa

KUALA LUMPUR – Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang juga orang kurang upaya (OKU) lembam dipercayai menjadi mangsa rogol dua rakan lelaki bapanya.

Menurut sumber, bapa mangsa berusia 54 tahun hanya mengetahui kejadian menimpa anaknya selepas mangsa mengadu sakit perut dan pinggang ketika mereka berada di kampung baru-baru ini.

“Lelaki itu kemudian membawa anaknya bertemu bidan kampung sebelum diberitahu kemungkinan anaknya itu pernah melakukan hubungan seks.

Sumber itu berkata, mangsa juga mendakwa dia dirogol beberapa kali oleh suspek ketika bapanya tiada di rumah.

“Sehubungan itu, lelaki terbabit tampil membuat laporan di Balai Polis Bukit Jalil pada Selasa lalu untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan telah menerima laporan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Kes dirujuk ke Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut” ujarnya.

https://www.sinarharian.com.my/article/217346/berita/semasa/remaja-oku-dakwa-dirogol-dua-rakan-bapa?utm_source=Sinar+Harian&utm_medium=Facebook&utm_campaign=JMKM+di+tiga+negeri+terima+sambutan+hangat&fbclid=IwAR0QjCYwOoik94TZpkGhzEo6sPf_9mfea5IZw2y-WOqBLILJUNQAlqVCPvI

......