KUALA LUMPUR: Penasihat Media dan Komunikasi Perdana Menteri, A Kadir Jasin hari ini berkata kritikan terhadap pentadbiran Pakatan Harapan menunjukkan keterbukaan yang lebih besar kerajaan dalam bertolak ansur dengan pihak yang tidak sependapat.

“Ini adalah perbezaan antara kerajaan semasa dan kerajaan terdahulu, di mana kita membenarkan dan menghormati kebebasan bersuara,” katanya kepada pemberita di Konsultasi Pakar Kebangsaan untuk kebebasan bersuara dan kebencian.

Beliau berkata kerajaan sekarang tidak mempunyai masalah membenarkan walaupun ahli parti pemerintah mengkritik Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, sambil menambah rakyat boleh mengundi gabungan itu pada pilihan raya umum akan datang.

“Tetapi seperti sekarang ini, kecuali jika kita melakukan sesuatu, pilihan kita tidaklah bagus,” tambah Kadir.

Syed Husin juga membidas Mahathir berhubung komennya di New York minggu lalu, di mana perdana menteri berkata beliau memerlukan paling lama tiga tahun untuk kekal sebagai perdana menteri.

Kadir hari ini berkata Mahathir berulang kali memberi jaminan bahawa beliau akan menunaikan janjinya untuk menyerahkan kuasa kepada Anwar Ibrahim.

“Ini antara Mahathir dan Anwar Ibrahim,” katanya.