Sistem pendidikan di Malaysia dikhuatiri sampai bila-bila akan gagal apabila keputusan muktamad berhubung pendidikan dan pembelajaran akhirnya diputuskan oleh orang politik dan bukan kuasa mutlak Kementerian Pendidikan.
BACA sini Pelajaran Jawi: Akhirnya tunduk kepada DAP
https://pakdin.my/pelajaran-jawi-akhirnya-tunduk-kepada-dap/

Sedangkan, setiap pembaharuan dan penambahbaikan dalam sistem pendidikan negara dilakukan kajian dan semakan oleh golongan pakar yang cukup bertauliah.

Kesal dengan keputusan Kabinet yang tidak akan mengenakan sebarang tindakan ke atas mana-mana SJKC dan SJKT yang enggan melaksanakan pembelajaran khat bagi mata pelajaran bahasa Melayu untuk Tahun 4 mulai tahun depan, Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, langkah itu sungguh mendukacitakan.

Beliau sedih kerana hasil desakan ahli-ahli politik dan pihak-pihak penentang pembelajaran tulisan khat, perkara yang baik dan murni diketepikan.
BACA sini:Ekstremis Cina makin besar kepala sejak ada kuasa politik 
https://pakdin.my/ekstremis-cina-makin-besar-kepala-sejak-ada-kuasa-politik/

“Apa-apa sahaja yang diputuskan oleh pakar, ahli politik yang akan buat keputusan. Sedangkan apa yang ahli politik tahu selain berpolitiking.

“Mereka bukan ada kepakaran, bukan ada justifikasi tentang kebaikan ilmu khat yang cukup memiliki nilai estetika di dunia,” katanya.

Beliau membayangkan proses pembentukan negara bangsa dalam kalangan generasi akan datang dikhuatiri tidak mencapai matlamat kerana asas syarat tersebut tidak dipatuhi dengan sepenuhnya.

Kok Seong menjelaskan, setiap murid-murid di sekolah rendah dan menengah diwajibkan untuk mengambil tiga mata pelajaran pembentukan negara bangsa iaitu bahasa Melayu dan Sejarah serta Pendidikan Islam dan Moral.

Apabila seni khat itu diletakkan dalam mata pelajaran bahasa Melayu dan ia tidak diwajibkan kepada SJKC dan SJKC bermakna hanya satu pihak sahaja yang memenuhi proses pembinaan negara bangsa manakala ada segelintir tidak.

“‌Akibatnya nanti kita akan menyaksikan pembinaan Manusia Malaysia yang tidak seragam, tidak sempurna. Pembinaan jati diri dan aspirasi nasional tidak sepenuhnya sebaliknya berbeza-beza akibat daripada keputusan Kabinet hari ini.

“Sepatutnya kerajaan tidak boleh buat keputusan begini. Kalau serius mahu pembentukan negara bangsa yang sempurna semua murid perlu diwajibkan melalui proses itu. Tidak ada pengecualian bagi sekolah vernakular.
BACA sini:Dong Zong lebih berkuasa daripada kerajaan

Dong Zong lebih berkuasa daripada kerajaan

“Perlu ingat ya, bahasa Melayu adalah identiti Malaysia. Kita bukan bercakap mengenai pengenalan sejarah Taiwan di sekolah-sekolah ya, kita bercakap mengenai bahasa Melayu.

“Jadi kalau sekolah SKJC dan SJKT tidak melalui proses sama dengan sekolah kebangsaan, pembentukan negara bangsa akan gagal. Itu akan berlaku,” tegasnya.

Kepada para penentang pengenalan khat, Kok Seong berkata, mereka itu adalah golongan yang takut pada bayang-bayang sendiri, justeru setiap alasan penolakan yang dibuat semuanya tidak masuk akal.

“Mereka cuma feel dengan imiginasi yang bukan realiti,” ujarnya sambil memberi contoh tindakan Ahli Parlimen DAP Kepong, Lim Lip Eng yang menyamakan cadangan pembelajaran seni khat jawi seperti menyapu najis lembu ke muka sendiri.

Katanya, ahli Parlimen kerajaan itu masih mempunyai mentaliti pendatang meskipun mungkin merupakan dari generasi ketiga atau keempat yang lahir di Malaysia.

Lip Eng dakwanya langsung tidak ada sikap nasionalisme, bahasa pertuturan tidak berlapik, sekali gus menggambarkan gagal menjadi manusia Malaysia – iaitu ada perasaan terikat dengan Malaysia.

“Langsung tidak menghormati orang Melayu yang merupakan penduduk dominan di Tanah Melayu,” ujarnya dengan makna yang cukup mendalam.