Ekoran pendendahan lokasi-lokasi kedai judi dan kedai menjual rokok seludup melalui Facebook Live yang dibuat oleh pemilik Hot Burger di laman Facebook nya tempoh hari telah menggemparkan seluruh negara.

Pemilik Hot Burger Malaysia Mohd Asri Hamid secara berani dan nekad mendedahkan kepada masyarakat kerja-kerja jahat sindiket perjudian di kawannya di Sungai Buloh.

Individu yang juga dikenali sebagai ‘Asri Janggut’ itu turut menunjukkan lokasi kedai Acheh yang didakwa menjual rokok seludup.

Pendedahan Asri itu mendapat perhatian seluruh negara dan video live menjadi ‘viral’ luar biasa apabila mencapai 5.9 juta tontonan, 85,145 perkongsian dan 105,000 tanda suka.

Abang burger yang buat pendedahan pasal judi haram di Sungai Buloh berpeluang jumpa Ketua Polis Negara….. Mungkin bos…

Gepostet von Mynewshub am Montag, 10. August 2020

Susulan daripada kontrovesi itu, dilaporkan hari ini Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador mengadakan pertemuan dengan ‘Asri Janggut’ di pejabatnya di Bukit Aman.

KETUA POLIS NEGARA BERTEMU ‘ASRI JANGGUT’ MENDAPAT PUJIAN NETIZEN