POLITIKKESIAN DIA! Anwar luahkan duka lara kerana gagal jadi PM dengan nyanyian?

KESIAN DIA! Anwar luahkan duka lara kerana gagal jadi PM dengan nyanyian?

Anwar gagal dilantik sebagai PM-9, video nyanyian duka lara kembali tular. Perlumbaan ke kerusi no. 1  Putrajaya kini hampiir sampai ke garisan penamat selepas Majlis Raja-Raja Melayu bermesyuarat hari ini. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hampir pasti menjadi PM-9 setelah menerima 114 sokongan daripada ahli-ahli parlimen blok BN, PN dan GPS.

Semenjak daripada semalam tular semula satu video Anwar Ibrahim yang meluahkan perasaanya melalui nyanyian di dalam bas semasa dalam perjalanan kempen pilihanraya umum beberapa tahun yang lalu.

Mengikut rekod ini adalah kegagalan ke-5 Anwar Ibrahim dalam cubaan mendapatkan tempat untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri semasa di dalam UMNO satu ketika dahulu.

Anwar juga hampir pasti menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-8 namun tidak berjaya juga apabila berlaku pergolakan politik dan pertembungan beliau sekali lagi dengan Mahathir.

Gagal dilantik sebagai PM-9, Anwar luah perasaan melalui nyanyian

Gagal dilantik sebagai PM-9, Anwar luah perasaan melalui nyanyian [VIDEO]

......