DUNIAKes tidak tinggi mana tetapi New Zealand lanjut perintah berkurung

Kes tidak tinggi mana tetapi New Zealand lanjut perintah berkurung

WELLINGTON, NEW ZEALAND – Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengumumkan lanjutan perintah berkurung hari ini, susulan peningkatan kes jangkitan Covid-19 di negara itu akibat varian Delta.

Ardern berkata, perintah berkurung selama tiga hari yang diumumkan sebelum ini dan sepatutnya berakhir malam ini, kini dilanjutkan kepada empat hari lagi.

Menurutnya, negara itu masih cuba menilai skala wabak tersebut yang muncul di Auckland minggu ini, sekali gus mengakhiri tempoh enam bulan tanpa jangkitan komuniti di negara itu.

“Kami masih belum jelas mengenai skala penuh varian Delta ini. Keadaan ini mengingatkan kami agar terus berhati-hati,” katanya.

Tambah Ardern, kesemua kes setakat ini, termasuk di Wellington adalah berkaitan. Keadaan itu sekali gus kurang menimbulkan kebimbangan kerana tiada kes yang muncul secara rawak.

Penularan terbaharu kes Covid-19 di New Zealand bermula daripada seorang individu yang baru pulang dari Sydney, Australia awal bulan ini.

Sejak itu, pihak berkuasa negara itu mengesan sebanyak 30 kes aktif termasuk 11 kes jangkitan tempatan setakat yang diumumkan hari ini. – AFP

......